Categories
NASIONAL

Saifuddin: Pakatan landasan kukuh khidmat terbaik kepada rakyat

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 8 MAC : Pakatan akan menjadi satu landasan yang kukuh untuk menjadikan parti terbaik kepada rakyat kerana menghormati prinsip kepimpinan bersama gabungan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata PKR, PAS dan DAP mempunyai kekuatan dan kelemahan, namum perkara itu diselesaikan bersama tanpa mengkritik kelemahan rakan-rakan.

Beliau juga yakin dengan asas yang dibina ini juga, Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan daripada rakyat atas keyakinan mereka.

“Kekuatannya adalah prinsip kita mengembeling kekuatan dan kelemahan bersama.

“Kita saling membantu mengatasinya, atas sebab ini Pakatan Rakyat akan muncul sebagai kuasa politik yang boleh mengancam Umno-Barisan Nasional.

“Tak mungkin pemimpin Pakatan sanggup mengkhianati mandat sokongan begitu besar yang terutamanya apabila kita gagal meneruskan perbezaan pendapat,” katanya dalam ucapannya di Konvensyen Pakatan Rakyat, di Pusat Konvenyen Setia City, di sini.

Sehubungan itu, katanya, Pakatan perlu mengekalkan kuasa politik melalui kerjasama erat itu untuk mengambil alih kerajaan.

“Penyatu paduan ini akan menjadi lebih erat melalui konvensyen yang kita lalui sekarang ini, kita mencari jalan penyelesaian terbaik,” katanya.

Perkara yang sama turut dikongsi oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mahu pengukuhan parti perlu bermula dari awal supaya Pakatan dapat menyelesaikan segala krisis yang timbul dengan sebaik-baiknya.

Katanya, pendekatan itu perlu diambil perhatian biarpun perbezaan perkara yang kecil seperti perbezaan pendapat.

“Biarpun perbezaan pendapat itu adalah satu perkara kecil, ia akan menjadi besar apabila media yang tidak bertanggungjawab mula memanipulasi perbezaan terbabit.

“Pemimpin perlu menyelesaikan masalah, bukan mencipta masalah. Pengukuhan Pakatan Rakyat ini bermula secara dalaman yang perlu diselesaikan oleh pimpinan parti,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.