Categories
SELANGOR

Selangor bekerjasama bawa pasukan Liga M ke Stadium Kajang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 18 MAC: Kerajaan Selangor sedia bekerjasama dengan pihak yang mahu membawa salah satu pasukan yang bermain dalam Liga Malaysia dengan menjadikan Stadium Kajang sebagai stadium utama pasukan itu.

Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, usaha itu sejajar dengan dasar kerajaan negeri yang berusaha meletakkan sukan bola sepak negeri gergasi bola sepak negara itu ke tahap lebih tinggi.

Dr yunus pic mza1“Dengan menjadikan Stadium Kajang sebagai stadium utama dan tempat latihan salah satu pasukan Liga Malaysia nanti ia akan memeriahkan lagi pembangunan sukan bola sepak Selangor khususnya di Kajang sendiri.

“Melalui kerjasama ini kita juga dapat mencungkil bakat-bakat baru. Kerajaan Negeri memang komited mengangkat sukan bola sepak Selangor bukan di Kajang sahaja, malah seluruh Selangor,” kata Dr Ahmad Yunus ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

Terdahulu dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di bawah teras Pembangunan Anak Muda dan Usahawan Kecil menyatakan akan membawa sebuah pasukan bola sepak di Liga Malaysia dengan menjadikan Stadium Kajang sebagai stadium utama untuk latihan dan perlawanan.

Manifiesto itu dilancarkan calon PR dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah pada 12 Mac lalu.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzli memberitahu, PKR akan berusaha memastikan pasukan yang dipilih dari Lembah Klang itu dapat menjadikan Stadium Kajang sebagai lubuk mereka menjelang musim baru Liga Malaysia nanti.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.