Categories
SELANGOR

Selangor bantu anak Allahyarham Kpl Raja Aizam dapatkan pekerjaan

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 18 MAC: Dua Anak anggota polis Allahyarham Koperal Raja Aizam Raja Mohid yang meninggal dunia selepas diserang penjenayah warga asing baru-baru akan dibantu bagi mendapatkan perkerjaan bersesuaian.

Exco Selangor, Dr Halimah Ali, berkata pihak beliau akan berkerjasama dengan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) bagi mencari peluang perkerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan yang dimiliki Raja Muhammad Rafiq Raja Aizam, 24 dan Raja Nor Atiqa Raja Aizam, 24.

IMG_6694a“Saya akan panjangkan kepada SSIC bagi membolehkan mereka melihat sekiranya terdapat peluang perkerjaan dalam syarikat di bawah SSIC yang bersesuaian dengan kelulusan anak Allahyarham.

“Ini bukanlah satu janji sebab peluang ini terletak kepada kekosongan jawatan yang ada dan kata putus juga terletak kepada syarikat-syarikat terbabit. Saya bantu dengan usaha apa yang termampu,” kata Dr Halimah ketika dihubungi Selangor Kini di sini, semalam.

Selain itu mana-mana syarikat yang berminat untuk memberi peluang perkerjaan yang bersesuaian kepada anak-anak Raja Aizam juga dialu-alukan menghubungi Selangor Kini bagi mendapatkan butiran lanjut.

Raja Muhammad Rafiq, anak sulong kepada pasangan Raja Aizam dan Norsalmah Nordi memiliki kelulusan Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan baru menamatkan pengajiannya hujung tahun lalu.

Manakala adik kembarnya, Raja Atiqa, memiliki kelulusan Diploma Kejureteraan Mekanikal dari Kolej Antarabangsa Ikip (Ikip), Kuantan Pahang dan juga baru menamatkan pengajian pada penghujung tahun lalu.

Terdahulu dalam majlis penyampaian sumbangan, Norsalmah menerima sumbangan RM20,000 dari kerajaan negeri sebagai menghargai jasa dan pengorbanan suami beliau.

Sumbangan kerajaan negeri itu disampaikan Dr Halimah dalam satu majlis yang diadakan di Surau Ar-Rahimiah, Pangsapuri Polis di Klang pagi tadi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.