Categories
NASIONAL

Najib jimat beli ayam RM1, Rosmah boros RM400,000 bercuti ke Qatar

SHAH ALAM, 12 MAC: Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke hari ini mempertikaikan perbelanjaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya ke Qatar tahun lalu yang menelan belanja lebih RM400,00 seperti disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau merujuk kepada soalannya yang dijawab Shahidan yang menjelaskan bahawa kos penerbangan Rosmah ke 4th Qatar International business Women Forum berjumlah RM426,489.46, pada November lalu.

najibrosmah_400_289_100_270_195_100Memetik Malaysia Kini, Shahidan menjelaskan, kos itu terdiri daripada kos bahan api RM196,614.31, manakala kos navigasi, terbang lintas dan agen pengendalian darat berjumlah RM229,875.15.

Loke berkata, jumlah itu adalah satu pembaziran apabila dibandingkan dengan tiket pergi balik kelas bisnes menggunakan penerbangan Qatar Airways dan Malaysian Airlines.

“Di mana moral dia (Najib) cari ayam RM1 tetapi isteri sendiri menggunakan perbelanjaan kerajaan secara keterlaluan,” katanya.

Beliau merujuk kepada tindakan Najib membeli ayam berharga RM1 seekor sewaktu menyampaikan anugerah kedai harga patut kepada pasar raya besar NSK, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.