Oleh: Shuaib Ayob
SHAH ALAM 24 APRIL : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menerima Zakat Perniagaan berjumlah RM6,223,445.90 daripada tiga buah syarikat, NCB Holdings Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan dan Kumpulan ( NAFAS) bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Baginda Sultan berkenan menerima zakat itu yang disampaikan oleh NCB Holding Berhad diwakili pengarahnya merangkap pengerusi Northport (Malaysia) Berhad, Tan Sri Datuk (Dr) Ir. Wan Abdul Rahman Wan Yaacob bagi zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2012 berjumlah RM2,263.690.00.
Manakala TNB yang diwakili Ketua Pegawai Koporat, Datuk Roslan Abdul Rahman turut menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2013 berjumlah RM2,096,552.01.
Baginda Sultan juga turut berkenan menerima zakat daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan dan Kumpulan (NAFAS) Datuk Ramli Noraini wakil ahli jemaah pengarah NAFAS berjumlah RM1,863,203.89 bagi kewangan 2011 .
Upacara penyerahan cek itu turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.
Hadir sama Timbalan Mufti Negeri, Datuk Abdul Majid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.
Pembayaran zakat yang ditunaikan adalah bagi tahun kewangan berakhir 2011,2012 dan 2013.
EZY