Categories
NASIONAL

Dr Rosli, Rafizi boleh beri ceramah GST percuma, RM2.2 juta bagi rakyat miskin

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 21 APRIL: Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakop hari ini bersedia memberi ceramah mengenai Cukai Barangan dan Perkhimatan (GST) tanpa mengenakan apa-apa bayaran sekiranya diminta Kementerian Kewangan atau Umno.

Kata beliau, langkah itu dapat memastikan masyarakat mendapat maklumat tepat mengenai GST, malah menjimatkan duit rakyat sebanyak RM2.2 juta yang diperuntukkan Menteri Kewangan kepada setiap parlimen sebelum diagihkan kepada Umno Bahagian kawasan terlibat.

Gst biasa“Saya sedia untuk beri ceramah mengenai GST kalau dipelawa tidak mengira pihak mana yang beri jemputan walaupun tanpa apa-apa bayaran, hatta tambang untuk ke tempat itu juga saya tanggung sendiri. Duit RM2.2 juta itu beri kepada orang miskin.

“Saya jangkakan Rafizi juga sanggup memberi ceramah secara percuma seperti mana yang beliau adakan sebelum ini,” kata Dr Rosli ketika dihubungi Selangor Kini di sini hari ini.

Dr Rosli berkata demikan ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan bahawa Menteri Kewangan akan memperuntukkan RM2.2 juta untuk disalurkan kepada parlimen bagi menganjurkan program ceramah GST kepada rakyat.

Dr Rosli YaakopDr Rosli sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengarah Bank Negara mempunyai latar belakang kepakaran dalam bidang ekonomi yang kukuh.

Sementara itu Rafizi pula, selepas tamat pengajiannya beliau juga lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah yang dikendalikan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa dua tahun dan diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003.

Beliau juga pernah berkhidmat di firma akauntan terkemuka di London, Jeffreys Henry Chartered Accountants, London dari 1999 hingga 2003.

RafiziRafizi selepas itu berkhidmat di Petronas dan diberi kepercayaan menduduki jawatan penting dalam Petronas.

Kemuncak karier Rafizi bersama Petronas apabila beliau dilantik sebagai Pengurus Kanan Petronas Carigali Sdn Bhd dengan mengendalikan perakaunan, belanjawan dan percukaian antarabangsa serta menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak syarikat terbabit dengan membabitkan belanjawan lebih RM20 bilion.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.