Categories
SELANGOR

Exco: Nelayan terjejas akibat jerebu, sumber kewangan alternatif perlu ada

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM 3 APRIL: Suatu mekanisme menjana sumber kewangan alternatif perlu diwujudkan bagi memastikan pendapatan nelayan tidak lagi terjejas sekirannya mereka gagal ke laut.

Exco Kebajikan, Rodziah Ismail melontarkan pendapat itu setelah memperhalusi nasib yang menimba nelayan terjejas teruk ekoran tidak dapat ke laut akibat cuaca jerebu.

rodziah“Berbeza dengan pekerjaan lain, nelayan bergantung kepada potensi cuaca untuk keluar mencari rezeki.

“Bulan lalu, mereka berdepan dengan ancaman jerebu. Akibatnya mereka terputus sumber pendapatan hampir sebulan lamanya.

“Masalah seperti ini perlu dilihat secara holistik dan bukan hanya secara reaktif, bila ada masalah baru mahu fikir bagaimana cara mahu selesaikan,” jelasnya kepada Selangor Kini.

Rodziah berkata, golongan nelayan perlu menjalani perubahan modenisasi agar mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada aktiviti perikanan.

“Saban tahun negara dilanda jerebu dan ia berkemungkinan akan berulang pada masa depan. Itu belum dikira masalah cuaca atau ribut.

nelayan“Sekirannya mereka diprogramkan dengan kemahiran tambahan, ia boleh menjadi sumber kewangan sekirannya gagal ke laut. Jadi, isu terputus sumber pendapatan tidak lagi berulang,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.