Categories
NASIONAL

FOMCA: Kerajaan patut kaji kesesuaian bas ekspres 2 tingkat

SHAH ALAM 22 APRIL: Fomca menyarankan agar kerajaan mengkaji kesesuaian bas ekspres dua tingkat digunakan bagi perjalanan jauh kerana terdapat laporan bas itu direka bagi laluan bandar yang singkat.

Pengarah Komunikasi Persekutuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, di negara luar, bas dua tingkat hanya digunakan bagi pengangkutan di dalam bandar dan untuk jarak yang dekat sahaja.

bas 2 tingkat“Struktur bas tersebut tinggi adalah tidak stabil apabila dibawa laju serta pengadang jalan raya di negara ini yang rendah membuatkan ia mudah terbalik,” katanya dipetik Bernama.

Mohd Yusof berkata, kekerapan berlakunya kemalangan membabitkan bas dikhuatiri menjejaskan usaha menggalakkan orang ramai mengguna pengangkutan awam terutamanya bagi perjalanan yang jauh dan ketika musim perayaan.

Katanya tiga kemalangan yang berlaku dalam masa seminggu ini akan mengikis keyakinan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama mereka.

“Pengguna memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam yang diyakini selamat dan kerajaan serta agensi penguatkuasa perlu lebih tegas dalam melaksanakan tugas mereka kerana ia melibatkan keselamatan nyawa ramai penumpang.

FOMCA“Ditambah dengan musim perayaan yang semakin dekat, kami khuatir lebih banyak kemalangan bas ekspres akan berlaku akibat dari kecuaian dan tahap keselamatan yang rendah,” katanya.

Sebelum ini sebuah bas persiaran yang membawa penumpang dari Pulau Redang ke Singapura terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung dan mengorbankan seorang pelancong dari Singapura.

Pada Sabtu lepas pula, sebuah bas ekspres yang membawa 28 penumpang terbabas di Km 118, Lebuh Raya Pantai Timur yang mengakibatkan 10 orang cedera.

Sementara pada 12 April lalu, tiga orang termasuk sepasang suami isteri maut manakala 10 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan terbalik di Bentong, Pahang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.