Categories
NASIONAL

Jambatan Ke-2 P.Pinang gagal atasi kesesakan, kadar tol tinggi

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 1 APRIL : Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (SAHMS) didakwa gagal menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi pengguna di negeri itu berikutan laluan akses ke beberapa lebuhraya masih belum dimulakan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata perancangan lemah daripada pihak berkuasa menyebabkan pengguna terpaksa berhadapan kesesakan luar biasa kerana askes lebuh raya di Batu Maung ke George Town atau Bayan Lepas hanya akan bermula hujung tahun ini dan selesai dalam tempoh tiga tahun.

jambatan kedua pulau pinangMalah katanya penetapan kadar tol sebanyak RM8.50 bagi kenderaan kelas pertama yang ingin menggunakan jambatan itu dilihat tidak membantu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di jambatan pertama Pulau Pinang.

“Sudah ada aduan bahawa titik pendaratan Jambatan SAHMS di Batu Maung terperangkap dengan kesesakan lalu lintas kerana jalan masuk ke lebuh raya George Town atau Bayan Lepas masih belum dimulakan.

“Ini adalah perancangan yang lemah oleh pihak berkuasa kerana akses lebuh raya tersebut sepatutnya dibina pada masa yang sama dan disiapkan bersama-sama dengan jambatan SAHMS.

“Malah kadar tolnya juga 21.4 peratus lebih tinggi daripada jambatan pertama Pulau Pinang. Maka bagaimana ini akan membantu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di jambatan ertama Pulau Pinang?” katanya dalam satu kenyataan.

tol2Lebih malang katanya tiada diskaun 20 peratus akan diberikan untuk pengguna kad “Touch and Go” dari Pulau Pinang seperti di jambatan Pulau Pinang pertama.

Katanya tindakan itu akan menyebabkan pengguna jalan raya mengelak untuk menggunakan jambatan SAHMS dan memilih jambatan pertama Pulau Pinang, sekaligus menyebabkan kesesalan lalu lintas gagal diselesaikan.

Guan Eng, berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) seharusnya mempertimbangkan untuk mengenakan kadar tol yang sama di SAHMS dengan jambatan pertama Pulau Pinang sehingga lebuh raya akses di Batu Maung selesai dalam masa 3 tahun.

“Jika kadar tol adalah sama, pemilik kenderaan masih boleh mempertimbangkan memilih jambatan SAHMS.

“LLM perlu sedar bahawa jambatan SAHMS adalah sepanjang 24 kilometer (km) berbanding dengan jambatan Pulau Pinang pertama (13.5 km), bermakna kos petrol adalah lebih tinggi untuk pengguna jalan raya yang menggunakan laluan ini,” katanya lagi.

Kadar tol bagi jambatan kedua Pulau Pinang adalah RM1.70 untuk motosikal (Kelas 0); RM8.50 untuk kereta kecuali teksi dan bas (Kelas 1), RM30.50 untuk kenderaan enam beroda kecuali bas (Kelas 2), RM70.10 untuk kenderaan tiga gandar atau lebih kecuali bas (Kelas 3), RM8.50 untuk teksi (Kelas 4) dan RM26.20 bagi bas (Kelas 5).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.