Categories
NASIONAL

Kajian Merdeka Center: 50% tak puas hati cara Kerajaan tangani kehilangan MH370

SHAH ALAM 1 APRIL: Majoriti rakyat menyatakan rasa tidak puas hati ke atas tindakan Kerajaan Pusat dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.

Dalam satu tinjauan terbaru firma penyelidikan bebas, Merdeka Center menunjukkan 50 peratus daripada 513 responden menyatakan rasa tidak puas hati, manakala hanya 43 peratus yang menyatakan rasa puas hati.

merdeka MH370Menurut tinjauan itu, 50 peratus dari responden tidak berpuas hati dengan pengurusan krisis, manakal 43 peratus lagi berpuas hati.

Pecahan responden berkenaan menunjukkan lebih ramai pengundi dari kaum bukan Melayu yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan – 74 peratus dari masyarakat Cina dan 59 peratus pengundi India.

Sebaliknya, 63 peratus pengundi Melayu menyatakan rasa puas hati, berbanding 30 peratus yang tidak berpuas hati dari pecahan sama.

Golongan yang lebih banyak berpuas hati itu pula didapati terdiri dari golongan penjawat awam (53 peratus) dan yang tidak bekerja secara rasmi (50 peratus).

Laporan yang dikeluarkan Merdeka Center dalam tinjauan yang dijalankan dalam tempoh 13 Mac hingga 20 Mac.

merdeka center MH370

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.