Categories
SELANGOR

Kaitkan Anwar dengan MH370, ADUN BN dicabar ulang kenyataan luar dewan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 17 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang daripada Barisan Nasional (BN), Sulaiman Abdul Razak dicabar supaya mengulangi kenyataannya yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyebut bahawa insiden kehilangan MH370 boleh diselesaikan dalam satu saat di luar Dewan Negeri Selangor (DNS).

ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang mengemukakan cabaran itu bertindak demikian selepas Sulaiman secara tiba-tiba membangkitkan perkara berkenaan ketika membahaskan isu berkenaan krisis air di Selangor.

“Anwar tidak sebut dalam satu saat boleh selesai semua masalah (MH370), tetapi mempersoalkan mengapa Umno mengambil masa terlalu lama untuk selesaikan perkara ini kerana berlakunya kecuaian, kelembapan dan ketidaktelusan.

“Itu yang dimaksudkan, jangan bawa isu ini ke dalam dewan dan putar belit kenyataan sebenar. Kalau boleh Permatang ulang di luar supaya kita boleh ambil tindakan,” katanya.

04Bagaimanapun Sulaiman kemudiannya mempertahankan kenyataannya itu bahawa tujuan asal beliau hanya untuk mempersoalkan peranan Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Negeri dalam usaha menyelesaikan isu air.

“Saya minta Penasihat Kewangan muncul kalau ingin selesaikan krisis air di Selangor ini,” katanya.

Sulaiman kemudian dibidas Azmin yang mengatakan BN adalah pihak bertanggungjawab yang menghalang kemasukan Anwar ke Selangor selepas digugurkan daripada menjadi calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Dinner PR 01 (anwar)“Kalau suruh muncul kenapa halang beliau bertanding di Kajang? Kalau Umno berani, jangan halang Anwar bertanding,” katanya.

Timbalan Speaker, Nik Nazmi Nik Ahmad kemudiannya mencelah dan menasihatkan Sulaiman supaya jangan menimbulkan isu berkenaan jika tidak mahu dibidas sebarang pihak.

“Bukit Antarabangsa bangkitkan sebab Permatang yang timbulkan tadi sampai isu kapal selam. Kita beri kelonggaran kepada Permatang untuk bangkitkan isu kapal terbang jadi kalau Bukit Antarabangsa mencelah, itu hak dia,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.