Categories
SELANGOR

Kuala Selangor catat pelaburan RM1.26 juta

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 9 APRIL : Daerah Kuala Selangor mencatatkan nilai pelaburan sebanyak RM1,261,000,867 bagi tempoh tahun 2008 hingga 2013.

Jumlah ini direkodkan melalui 70 projek perkilangan yang diluluskan di daerah ini dengan pecahan sebanyak RM979,986,591 daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM281,014,276 daripada pelaburan asing.

dnsHasil daripada ini, sebanyak 6,374 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

Exco Pelaburan Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata terdapat enam kawasan industri dibawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor.

“Kawasan tersebut adalah Suria Industrial Area, Kuala Selangor, SMI Industrial Area, Kuala Selangor, Alam Jaya Industrial Park.

“Selain itu, Batang Berjuntai Techno Industrial Park, Asahi Industrial Park dan Kota Puteri Industrial Area,” katanya bagi menjawab soalan Adun Pematang, Sulaiman Abdul Razak.

Tambah beliau, berdasarkan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia menerusi Jabatan Perangkaan Malaysia sebanyak 546,500 orang rakyat tempatan yang berkeja dalam sektor perindustrian di Negeri Selangor pada tahun 2012.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.