Categories
NASIONAL

Peguam Negara digesa gugurkan rayuan kes mendiang Karpal Singh

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 20 APRIL: Pejabat Peguam Negara digesa mengugurkan rayuan bagi menambah hukuman yang dijatuhkan mahkamah terhadap mendiang Karpal Singh.

ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, keputusan itu perlu dilakukan kerana mendiang adalah tokoh politik berwibawa malah beliau juga seorang banyak memberikan jasa kepada negara khususnya dalam institusi perundangan negara.

karpal“Peguam Negara perlu dapat melakukannya sebab sebelum ini kami difahamkan pihak peguam negara memfailkan rayuan bagi menambahkan lagi hukuman yang dikenakan ke atas mendiang.

“Dengan pemergian Karpal Singh sepatutnya pejabat Peguam Negara menggugurkan permohonan mereka,” kata Weng San kepada media di lobi Dewan Negeri Selangor di sini baru-baru ini.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman RM4,000 ke atas mendiang atas kesalahan mempersoalkan tindakan Sultan Perak menggugurkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar pada 2009.

Mendiang didapati bersalah melakukan perbuatan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009 kerana didakwa mengeluarkan perkataan berbaur hasutan dalam isu pengguguran Mohammad Nizar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang baru.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.