Categories
NASIONAL

Pengeluar kotak hitam MH370 persoal integriti ‘pingers’, tahan hanya 25 hari

SHAH ALAM, 5 APRIL : Pengeluar kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370, Dukane Seacom Inc mempersoalkan berkenaan integriti ‘pingers’ daripada kotak hitam pesawat itu dan berkemungkinan jangka hayat kotak hitam mungkin lebih pendek.

Presiden syarikat terbabit, Anish Patel memberitahu CNN bahawa ia dijadual untuk penggantian baterinya pada tahun 2012, tetapi syarikat beliau tidak menerimanya dan ‘pingers’ dilaporkan ditutup serta baterinya tidak diganti oleh pengguna.

Patel berkata, jika bateri asal masih di tempat ia digunakan, maka kotak hitam hanya boleh bertahan selama 20 hingga 25 hari.

“Ini bermakna ‘pingers’ MH370 itu kini tidak lagi mempunyai pemancar isyarat,” katanya yang memetik laporan Malaysia Kini.

Screen-Shot-2014-03-26-at-6.38.26-PMBagaimanapun, katanya, walaupun tempoh penyenggaraannya berjadualnya sudah luput, tetapi ada juga kemungkinan sudah diservis oleh syarikat lain atau digantikan dengan ‘pingers’ baru.

Setakat hari ini, sepuluh pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 11 kapal terbabit dalam operasi mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.

Dalam satu kenyataan daripada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Australia memaklumkan tumpuan operasi hari ini di tiga zon di dalam koridor yang sama.

Kapal ADV Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan isyarat ‘ping’ dan HMS Echo meneruskan misi mencari ‘kotak hitam’ di bawah permukaan laut.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) sudah mengenal pasti kawasan carian membabitkan kira-kira 217,000 kilometer persegi di 1,700 kilometer dari barat daya Perth.

Misi pencarian ‘kotak hitam’ pesawat MH370 memasuki fasa cabaran baru apabila jangka hayat bateri peranti pengesan bawah air (ULB) yang mengeluarkan isyarat untuk dikesan hanya bertahan sekurang-kurangnya sehari lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.