Categories
AGENDA GLOBAL

Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air berjaya dikesan

JAKARTA, 10 JAN: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam operasi pencarian pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu, mula menemukan serpihan pesawat dan enjin, barangan penumpang serta cebisan-cebisan mayat.

Operasi pencarian kini juga berfokus kepada mendapatkan kotak hitam pesawat, selepas koordinat pesawat yang terhempas di perairan itu telah dikenal pasti.

Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto dalam siaran media yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan berkata pasukan SAR telah mengenal pasti kotak hitam itu di satu koordinat (tidak dinyatakan) yang berada pada kedalaman 23 meter di perairan berkenaan.

Setakat jam 4 petang ini, sebanyak lima bungkusan cebisan-cebisan mayat telah dihantar ke Rumah Sakit Polri (Polis Indonesia) di Kramat Jati.

Ketua Rumah Sakit Polri Kramat Jati Asep Hendradiana dipetik agensi berita Antara berkata, pihaknya juga sedang mengumpul asid deoksiribonukleik (DNA) anggota keluarga para penumpang pesawat berkenaan.

Biro Komunikasi dan Informasi Publik, Kementerian Perhubungan dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan SAR setakat ini telah menjumpai beberapa bahagian pesawat seperti pecahan pesawat, jaket penyelamat, beberapa bahagian dalaman pesawat dan barangan penumpang seperti pakaian, beg dan kad identiti pengenalan penumpang.

Pelbagai objek dan cebisan mayat itu ditemukan di perairan Kepulauan Seribu pada kedalaman 23 meter di dasar laut.

Pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air itu terputus hubungan selepas berlepas pada 2.36 petang waktu Indonesia barat dari Jakarta menuju Pontianak, sebelum terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta semalam.

Penerbangan Sriwijaya SJ-182 itu membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal.

– BERNAMA

 

 

Categories
GLOBAL

Kotak hitam dipercayai milik Lion Air ditemui

JAKARTA, 1 NOV: Kotak hitam pesawat Lion Air yang terhempas, pada Isnin lalu dilaporkan ditemui di perairan Tanjung Karawang, pagi ini.

Menurut siaran langsung televisyen tempatan, TV One yang mengikuti operasi pencarian itu, kotak hitam dan sebahagian bangkai pesawat terbabit ditemui pasukan penyelam tentera Indonesia, kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Setakat jam 11 pagi waktu Indonesia barat, belum terdapat makluman rasmi berkenaan penemuan itu oleh pihak berkuasa Indonesia.

Mengikut laporan televisyen berkenaan, kotak hitam itu dibawa ke Kapal KM Baruna Jaya 1.

Ketua Kesiapsagaan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi sebelum ini berkata, empat kapal yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu yang memiliki teknologi sonar mengesan isyarat ping di koordinat sama, di perairan Tanjung Karawang.

Fokus pencarian pesawat Lion Air yang terhempas hari ini bertumpu di satu koordinat dikesan isyarat ping dari kotak hitam pesawat itu.

Penerbangan JT610 yang membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal, terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada jam 6.20 pagi, di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628.

*Sumber: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Kotak hitam MH17 diserah kepada pakar Malaysia

DONETSK 22 JULAI:  Kumpulan pemisah Ukraine dilaporkan telah menyerahkan dua kotak hitam MH17 kepada pakar Malaysia.

Memetik laporon agensi berita ABC penyerahan dua kotak hitam itu  dibuat sendiri oleh ketua pemisah Ukraine, Alexander Borodai.

Kotak HitamTurut berlaku ketika penyerahan, gencatan senjata di zon 10 kilometer sekeliling itu bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa masuk dengan selamat ke lokasi nahas MH17 di timur Ukraine.

Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara mengutuk tindakan menembak jatuh pesawat penumpang Malaysia dan mendesak akses penuh ke tempat kejadian di kawasan pemberontakan di timur Ukraine.

Australia yang mengetuai penyediaan draf resolusi itu menggesa agar penyiasatan antarabangsa diadakan.

Menteri Luar Australia, Julie Bishop mendesak PBB agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Menurut AFP, Majlis Keselamatan juga menggesa semua negara agar bekerjasama dalam penyiasatan itu dan Russia disyaki menyokong pemberontak pro-Moscow dan dituduh membekalkan senjata peluru berpandu yang canggih.

Berikutan rundingan selama tiga hari, Russia bersetuju menerima resolusi berkenaan selepas diubah ungkapan mengenai siapa yang akan mengetuai penyiasatan bencana yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia itu.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) menyokong penuh keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan sidang khas parlimen mengecam tragedi MH17.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR juga komited dalam apa-apa bentuk ketetapan bagi mengutuk tragedi yang disifatkan sebagai satu jenayah pembunuhan beramai-ramai.

Katanya, PM perlu menyatakan secara jelas pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi berkenaan tanpa mengira siapapun mereka.

EZY

Categories
NASIONAL

Pengeluar kotak hitam MH370 persoal integriti ‘pingers’, tahan hanya 25 hari

SHAH ALAM, 5 APRIL : Pengeluar kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370, Dukane Seacom Inc mempersoalkan berkenaan integriti ‘pingers’ daripada kotak hitam pesawat itu dan berkemungkinan jangka hayat kotak hitam mungkin lebih pendek.

Presiden syarikat terbabit, Anish Patel memberitahu CNN bahawa ia dijadual untuk penggantian baterinya pada tahun 2012, tetapi syarikat beliau tidak menerimanya dan ‘pingers’ dilaporkan ditutup serta baterinya tidak diganti oleh pengguna.

Patel berkata, jika bateri asal masih di tempat ia digunakan, maka kotak hitam hanya boleh bertahan selama 20 hingga 25 hari.

“Ini bermakna ‘pingers’ MH370 itu kini tidak lagi mempunyai pemancar isyarat,” katanya yang memetik laporan Malaysia Kini.

Screen-Shot-2014-03-26-at-6.38.26-PMBagaimanapun, katanya, walaupun tempoh penyenggaraannya berjadualnya sudah luput, tetapi ada juga kemungkinan sudah diservis oleh syarikat lain atau digantikan dengan ‘pingers’ baru.

Setakat hari ini, sepuluh pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 11 kapal terbabit dalam operasi mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.

Dalam satu kenyataan daripada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Australia memaklumkan tumpuan operasi hari ini di tiga zon di dalam koridor yang sama.

Kapal ADV Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan isyarat ‘ping’ dan HMS Echo meneruskan misi mencari ‘kotak hitam’ di bawah permukaan laut.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) sudah mengenal pasti kawasan carian membabitkan kira-kira 217,000 kilometer persegi di 1,700 kilometer dari barat daya Perth.

Misi pencarian ‘kotak hitam’ pesawat MH370 memasuki fasa cabaran baru apabila jangka hayat bateri peranti pengesan bawah air (ULB) yang mengeluarkan isyarat untuk dikesan hanya bertahan sekurang-kurangnya sehari lagi.