Categories
NASIONAL

Tiada keperluan debat Timbalan Presiden PKR

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 9 APRIL : Calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpendapat tiada keperluan untuk menganjurkan debat umum di kalangan calon bertanding.

pemilihan-2014Ini kerana katanya kebanyakkan calon bertanding posisi kedua tertinggi parti itu tidak menetap di Lembah Klang, malah tiada saluran media untuk menyiarkan debat berkenaan kepada umum.

“Saya merasakan debat tidak sesuai sebab ahli kita bukan duduk di Kuala Lumpur sahaja, tetapi ada di Sungai Lembing dan Kota Bharu.

“Lagipun kita bukan ada media untuk orang ramai, malah ini bukan perkara besar kerana ia hanya untuk PKR dan ahli-ahlinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan pihak tertentu untuk mengadakan debat di antara enam orang calon yang merebut jawatan timbalan presiden PKR, termasuk gandingannya Azmin Ali.

Cadangan dan desakan untuk mengadakan debat berkenaan muncul di media sosial sejak minggu lalu apabila enam pemimpin PKR disahkan sebagai calon untuk merebut jawatan tersebut.

Selain Azmin dan Abdul Khalid, empat lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandram, dan Murali Subramaniam.

Dalam pada itu, Abdul Khalid menegaskan beliau tidak menghadapi sebarang tekanan berhubung pembentukan pasukan di kalangan beberapa pemimpin PKR untuk menghadapi pemilihan, baru-baru ini.

Malah katanya tindakan itu adalah digalakkan bagi membolehkan semua ahli parti menyatakan pendirian dan membuat perbincangan di kalangan mereka.

“Kita menggalakkan semua ahli sebab mereka sangat berminat dalam politik untuk membuat pendirian dan menggalakkan perbincangan di kalangan mereka.

“Cara pemilihan kepimpinan PKR adalah secara akar umbi, jadi maknanya tiap-tiap ahli boleh memilih melalui perwakilan, oleh sebab itu kita galakkan perkara ini berlaku.

“Tiada tekanan kerana ini satu pembaharuan yang menggalakkan saya untuk menyertai parti reformasi ini,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.