Categories
NASIONAL

Tun Daim melabur di Tanzania meragukan, pelik

SHAH ALAM 25 APRIL: Tindakan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin memilih Tanzania sebagai tempat lokasi pelaburannya menimbulkan keraguan.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, berkata ini kerana negara tersebut sukar mendedahkan sebarang maklumat kepada pihak luar.

daim27833e07bc50ed0a1f41624f47b8980d“Kita semua tahu kalau melabur di Tanzania, mereka sukar memberi kerjasama untuk dapatkan maklumat walaupun kita nak buat siasatan.

“Apa masalah melabur di Malaysia kalau tidak ada penyelewengan. Sebab itu Daim pilih Tanzania untuk dia melabur,” kata Azan dipetik Keadilan Daily.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah jelajah Reformasi 2.0 di Lembah Pantai 20 April lalu mendedahkan bahawa Daim mempunyai bank di Tanzania.

Beliau mengesyaki Daim menyalahguna kuasanya melalui penubuhan bank tersebut.

Anwar turut mendedahkan penahanan seorang individu, didakwa terlibat dengan bank tersebut, dalam satu kejadian di Lapangan Terbang Heathrow, London.

Azan turut mengingatkan bahawa Daim juga pernah memegang jawatan Bendahari Agung Umno serta Menteri Kewangan.

“Penyelewengan boleh berlaku. (Mungkin) pelaburan terpaksa dibuat di luar negara supaya rahsianya tidak terbongkar.

“Ketika itu dia Menteri Kewangan dan boleh guna kedudukannya melabur di Tanzania itu. Sebab itu saya kata tindakan dia sangat pelik,” kata Azan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.