Categories
GLOBAL

Krisis harga: Presiden Tanzania kerah tentera beli gajus daripada petani

DAR ES SALAAM, 13 NOV: Pihak berkuasa Tanzania telah mengerahkan tentera untuk membeli gajus daripada petani bagi menyelesaikan pertikaian berhubung harga komoditi itu.

Presiden John Magufuli telah memberi tempoh sehingga Isnin kepada para peniaga untuk membeli komoditi itu pada harga yang diluluskan kerajaan.

Para petani telah menghentikan jualan hasil tanaman mereka selama beberapa minggu selepas mendakwa harga yang ditawarkan oleh peniaga terlalu rendah.

Magufuli telah menolak tawaran daripada 13 syarikat yang ingin membeli komoditi itu pada harga $1.3 sekilogram.

Angkatan Pertahanan Rakyat Tanzania telah diarah membeli hasil tanaman itu daripada para petani di selatan wilayah Mtwara pada harga $1.43.

Pada Sabtu, Magufuli memecat menteri pertanian dan menteri perdagangan susulan krisis itu, yang telah menyaksikan kejatuhan harga gajus.

Presiden itu berkata beliau mahu memastikan beribu-ribu petani mendapat harga yang berpatutan bagi gajus mereka.

Magufuli telah melantik dua menteri dan empat timbalan menteri selepas memecat Menteri Pertanian Charles Tizeba serta Menteri Perdagangan dan Pelaburan Charles Mwijage.

Beliau turut membubarkan Lembaga Gajus Tanzania dan membatalkan pelantikan pengerusinya, Anna Abdallah.

SUMBER: BERNAMA-NNN-AGENCIES

Categories
GLOBAL

Dua menteri dipecat gagal tangani isu harga kacang gajus

DAR ES SALAAM 12 NOV: Presiden Tanzania, John Magufuli, berkata kerajaan akan membeli semua stok kacang gajus di pasaran, selepas bertindak memecat dua menteri dan memansuhkan undang-undang terbabit, susulan masalah harga komoditi berkenaan.

Bulan lalu, Magufuli mengarahkan peningkatan sebanyak 94 peratus harga kacang gajus pada majlis lelongan anjuran pengawal selia industri itu, selain memecat ketuanya, bagi menjaga kebajikan petani daripada masalah harga yang tidak stabil.

Kacang gajus adalah hasil eksport utama negara di timur Afrika berkenaan, tetapi masalah penurunan harga menjejaskan hasil jualan petani di Tanzania.

 

Malah, kos operasi penanaman kacang gajus itu dilaporkan lebih tinggi berbanding harga yang ditawarkan pembeli.

Semalam, Presiden Magufuli, mengumumkan pemecatan Menteri Pertanian, Charles Tizeba dan Menteri Perdagangan, Charles Mwijage daripada jawatan mereka.

Susulan itu, Japhet Hasunga dan Joseph Kakunda, masing-masing dilantik sebagai Menteri Pertanian serta Menteri Perdagangan yang baru.

Selain itu, Magufuli turut membubarkan lembaga pengarah agensi yang bertanggungjawab terhadap kacang gajus, kerana didakwa gagal mengawal selia industri itu dengan baik, hingga mengakibatkan berlakunya penurunan harga.

Pada masa sama, Kerajaan Tanzania turut meminta pembeli kacang gajus mengemukakan pelan pembelian mereka selewat-lewatnya esok.

SUMBER: REUTERS

Categories
GLOBAL

Presiden Tanzania arah tahan pengusaha bot karam, korban meningkat

NAIROBI 22 SEPT: Presiden Tanzania, John Magufuli semalam mengarahkan penangkapan pengurusan feri yang karam di Tasik Victoria dengan angka korban kini meningkat 136 orang.

Pihak berkuasa berkata, pasukan penyelamat terus gigih mencari sejumlah lagi penumpang yang masih hilang dan dipercayai lemas.

Feri MV Nyerere dipercayai membawa sehingga 200 penumpang, jumlah yang melebihi had dibenarkan ketika ia karam berhampiran dermaga di Pulau Ukara pada Khamis, kata media.

Menurut saksi, feri itu mula karam sebaik penumpang berasak-asak ke satu bahagian kapal untuk turun ketika ia cuba berlabuh.

Dalam satu kenyataan di stesen penyiar TBC One, Magufuli berkata, jelas feri itu membawa muatan berlebihan dan kecuaian mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa.

“Saya sudah mengarahkan tangkapan dibuat ke atas semua pihak yang terbabit dengan pengurusan feri berkenaan. Tangkapan sudah pun bermula,” katanya yang turut mengisytiharkan negara itu berkabung selama empat hari.

Tanzania berdepan insiden paling buruk membabitkan lebih 800 korban selepas feri yang dinaiki karam dalam perjalanan ke Mwanza pada 1996.

SUMBER: AFP

Categories
GLOBAL

Bahana sijil palsu: 9,900 kakitangan awam Tanzania dipecat

TANZANIA, 1 MEI: Bahana menggunakan sijil sekolah dan kolej palsu, lebih 9,900 kakitangan awam Tanzania dipecat serta merta susulan pemeriksaan di seluruh negara itu.

Presidennya, John Magufuli mengambil langkah drastik itu pada pemegang ijazah palsu selepas operasi pembersihan dilancarkan pada Mac tahun lalu menemui lebih daripada 19,700 ‘pekerja hantu’ di dalam senarai gaji sektor awam negara Afrika Timur itu.

“Kami bekerja keras mewujudkan peluang pekerjaan baharu tapi ada pula orang dalam kerajaan memegang ijazah palsu.

J Magufuli“Kerajaan juga kehilangan 238bn syiling (RM461j) setiap tahun untuk ‘pekerja hantu’,” katanya lapor The Guardian.

Beliau turut memberitahu, penjawat awam terlibat sudah dikeluarkan daripada senarai gaji awam.

Untuk rekod, Tanzania membelanjakan lebih £200 juta (RM1.1b) sebulan bagi membayar gaji kakitangan awamnya.

Selain itu, Magufuli mengarahkan untuk menyiarkan nama-nama penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik palsu.

“Laporan udit juga mendapati bahawa rekod akademik lebih 1,500 penjawat awam digunakan beberapa individu, manakala lebih 11,500 kakitangan kerajaan mempunyai rekod akademik tidak lengkap,” katanya.

Aduan rasuah dan ketidakcekapan kerajaan adalah halangan utama menarik pelabur masuk ke Tanzania.

Sebaik dipilih pada Oktober 2015, Magufuli juga telah menolak beberapa pegawai kanan, termasuk ketua badan anti-rasuah kerajaan, ketua cukai dan ketua pihak berkuasa pelabuhan sebagai sebahagian daripada usaha anti rasuah lebih luas.

Categories
NASIONAL

Tun Daim melabur di Tanzania meragukan, pelik

SHAH ALAM 25 APRIL: Tindakan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin memilih Tanzania sebagai tempat lokasi pelaburannya menimbulkan keraguan.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, berkata ini kerana negara tersebut sukar mendedahkan sebarang maklumat kepada pihak luar.

daim27833e07bc50ed0a1f41624f47b8980d“Kita semua tahu kalau melabur di Tanzania, mereka sukar memberi kerjasama untuk dapatkan maklumat walaupun kita nak buat siasatan.

“Apa masalah melabur di Malaysia kalau tidak ada penyelewengan. Sebab itu Daim pilih Tanzania untuk dia melabur,” kata Azan dipetik Keadilan Daily.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah jelajah Reformasi 2.0 di Lembah Pantai 20 April lalu mendedahkan bahawa Daim mempunyai bank di Tanzania.

Beliau mengesyaki Daim menyalahguna kuasanya melalui penubuhan bank tersebut.

Anwar turut mendedahkan penahanan seorang individu, didakwa terlibat dengan bank tersebut, dalam satu kejadian di Lapangan Terbang Heathrow, London.

Azan turut mengingatkan bahawa Daim juga pernah memegang jawatan Bendahari Agung Umno serta Menteri Kewangan.

“Penyelewengan boleh berlaku. (Mungkin) pelaburan terpaksa dibuat di luar negara supaya rahsianya tidak terbongkar.

“Ketika itu dia Menteri Kewangan dan boleh guna kedudukannya melabur di Tanzania itu. Sebab itu saya kata tindakan dia sangat pelik,” kata Azan.

JURNAL BERITA – Ops Dawn Raid bukti MB pemimpin berpengalaman luas

1. MB: Selangor berjaya bangunkan sistem bank tanah, kini fasa kedua

2. Ops Dawn Raid bukti MB pemimpin berpengalaman luas

3. Unisel lancar 3 jurnal usaha memasyarakatkan ilmu

4. 14 filem pendek Unisel didik masyarakat bina jati diri cemerlang

5. MAS: MH192 tayar pecah, patah balik ke KLIA

6. Dr Rosli, Rafizi boleh beri ceramah GST percuma, RM2.2 juta bagi rakyat miskin

7. Anwar ada bukti Tun Daim punyai akaun di Tanzania

8. Kes Khir Toyo ditangguh, Fitnah II dicepatkan

9. Bertindak terhadap perasuah, bukan berlari

10. Perarakan himpunan tolak GST ‘berakhir’ di Dataran Merdeka 1 Mei

11. Guan Eng: Contohi Karpal perjuangkan keadilan

12. RM100,000 menanti warga PJ

13. Bantah projek 33 tingkat: Penduduk Damansara Damai lega keputusan MBP