Categories
SELANGOR

Umno diselar, tetap imbalan politik syarat dapat tanah FELCRA

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 17 APRIL: Amalan Umno dengan mensyaratkan sokongan politik sebagai kriteria melayakkan seseorang menerima tanah diusahakan FELCRA sebelum ini diselar Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Basmi Kemiskinan Selangor, Saari Sungib (PAS-Hulu Klang).

Beliau berkata, amalan itu menyebabkan golongan miskin yang layak dipinggirkan daripada menerima bantuan kerajaan.

“Amalan Umno ini saya selar di dewan kerana agihannya atas dasar untuk dapatkan imbalan politik sama ada segi undi pilihan raya dan sokongan politik dalaman parti baik pemilihan peringkat cawangan atau bahagian.

saari sungib DUN 01“Ini bukan kaedah yang telus kerana tidak memenuhi matlamat sebenar membantu rakyat miskin,” katanya ketika ditemui Selangor Kini di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, semalam.

Saari berkata, Kerajaan Negeri akan mempraktikkan amalan yang telus dan adil tanpa mengambil kira idealogi politik jika usaha Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menuntut dividen daripada tanah diusahakan FELCRA di Selangor berhasil.

“Saya cadangkan Kerajaan Negeri agihkan kepada yang layak, memenuhi kriteria seperti miskin dan penduduk setempat tanpa pertimbangan amalan Umno.

“Mereka sokong parti mana tidak kisah. Jika ada cadangan daripada pemimpin politik tempatan sama ada Umno atau bukan, akhirnya yang menentukan adalah kriteria kelayakan pemohon,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.