Categories
SELANGOR

Wan Azizah: Masalah sampah dan trafik Kajang diberi perhatian serius

Oleh: AFIX REDZUAN

KAJANG 27 APRIL: Adun Dun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan ucapan penghargaan kepada penduduk di kawasan berkenaan kerana memilih beliau sebagai pemimpin pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 23 Mac lalu.

Dalam ucapan pada Malam Penghargaan PRK Kajang di Sungai Chua beliau berkata, sokongan yang diterima daripada kaum Tiong Hua dan Melayu membolehkan PKR mengekalkan kerusi berkenaan.

WAWI“Terima kasih beri sokongan yang kuat. Bukan sahaja kaum Tiong Hua, malah sokongan Melayu juga kuat,” katanya yang telah dilantik secara rasmi selepas mengangkat sumpah pada 7 April lalu.

Katanya, masalah yang dibangkitkan rakyat setempat terutama mengenai sampah dan kesesakan trafik akan diselesaikan sebaik mungkin.

Katanya lagi, beliau telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bagi menyelesaikan masalah sisa pepejal ini selain memanjangkannya kepada pengetahuan Kerajaan Selangor.

Kesempatan ini juga digunakan sebaik mungkin penduduk Sungai Chua beramah mesara dengan Wan Azizah selain merakamkan foto kenangan bersama.

Dalam majlis sama, Presiden PKR itu turut merakamkan kesedihan diatas pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh yang terkorban dalam kemalangan di Gua Tempurung Perak.

Kata beliau, pemergian Karpal merupakan satu kehilangan besar namun perjuangan menegakkan keadilan dan penyuburan demokrasi perlu diteruskan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.