Categories
SELANGOR

Yayasan Khas bantu fakir miskin masyarakat bukan Islam

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 14 APRIL : Kerajaan Negeri mempertimbangkan cadangan menubuhkan Yayasan Khas bagi membantu golongan fakir miskin terutamanya masyarakat bukan Islam.

Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin V. Ganabatirao, berkata beliau mempertimbangkan cadangan penubuhan yayasan itu untuk dikemukakan dalam mesyuarat Kerajaan Negeri.

dnsCadangan penubuhan itu diutarakan oleh Dr Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) ketika sesi pertanyaan mulut di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

“Kerajaan Negeri prihatin kepada semua kaum, setakat ini masih belum ada cadangan untuk penubuhan yayasan itu namun cadangan itu merupakan cadangan yang dipertimbangkan,” katanya.

Ganabatirao berkata setakat ini, bagi membantu golongan miskin bagi bukan islam, Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai program antaranya blue print, kemahiran teknologi, bantuan perayaan dan program merakyatkan ekonomi selangor.

“Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai bantuan yang bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk badan bukan kerajaan.

“Pelbagai bantuan itu untuk meningkat taraf hidup antaranya pembaikian dan pembinaan perumahan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.