Categories
SELANGOR

80 peserta berkonvoi selami kehidupan masyarakat

Oleh : AFEEQA AFEERA

SUBANG JAYA, 14 MEI : Seramai 80 peserta terlibat dalam menjayakan program Belia Madani Cegah Jenayah (Jom Konvoi) 2014 anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang berlangsung pada 10 hingga 13 Mei lalu.

Program yang menjadi acara tahunan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memilih selatan tanah air iaitu daerah Bukit Kepong, Kluang, Kota Tinggi dan Melaka sebagai destinasi konvoi kali ini.

MPSJYang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi, berkata konvoi yang berlansung selama empat hari tiga malam itu adalah bertujuan mendidik golongan belia supaya cenderung ke arah hidup yang sihat dan menghindari aktiviti tidak berfaedah.

Katanya pelbagai aktiviti dijalankan sepajang program berkenaan, antaranya aktiviti gotong-royong, demonstrasi pencegahan jenayah, penanaman pokok dan lawatan ke muzium bersejarah.

“Belia yang menyertai program ini bertuah kerana berpeluang melihat kehidupan masyarakat dan menilai apa yang baik di tempat sendiri dan di tempat orang.

IMG_1059a“Program ini juga adalah selari dengan matlamat local agenda 21 iaitu penyertaan masyarakat dalam pembangunan perbandaran,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Program Belia Madani Cegah Jenayah di The Summit USJ, di sini.

Asmawi berkata program ini adalah siri program pembangunan belia bermotosikal MPSJ yang disusun bermula dari tahun 2007 lagi dan berkembang seiring dengan Perancangan Pelan Strategik MPSJ 2012-2013 iaitu pembentukan masyarakat madani.

Katanya program pada kali ini merupakan anjuran secara bersama MPSJ dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Persatuan Mencegah Dadah Malaysi (Pemadam) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Selangor (MCPF).

“Usaha ini dapat membantu MPSJ meneruskan usaha supaya mengekalkan pretasi kita sebagai PBT bertaraf lima bintang dan saya berharap usaha ini dapat diteruskan di masa akan datang,” katanya lagi.

Program pembangunan belia bermotosikal ini mensasarkan peserta di kalangan belia berumur 18 tahun ke atas dengan bayaran yuran minima sebanyak RM50.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai modul pembangunan modal insan dirancang untuk diterapkan melalui pelbagai aktiviti santai, menarik, mencabar dan mengujakan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.