Categories
NASIONAL

BERSIH gesa pertuduhan Thomas Fann digugurkan, perlu kaji semula APA

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 MEI: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menggesa Pejabat Peguam Negara mengugurkan pertuduhan ke atas Naib Pengerusi Semenanjung Selatan BERSIH 2.0, Thomas Fann bersama tiga yang lain.

Tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) itu perlu digugurkan berikutan pengisytiharan Mahkamah Rayuan dalam kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa Seksyen 9(5) APA melanggar Perlembagaan Malaysia.

“Walaupun Fann bersama Koh Jit Huat, Mohd Salleh Ahmad dan Steven Choong dituduh di bawah seksyen lain iaitu Seksyen 9(1) yang mensyaratkan penganjur himpunan memberi notis 10 hari kepada polis, namun memandangkan ketetapan Mahkamah Rayuan bahawa penghukuman terhadap mereka yang gagal memberi notis 10 hari adalah tidak berperlembagaan, maka masih relevan lagikah syarat dan seksyen itu.

amk bersih mangsa“BERSIH 2.0 menyeru pihak berkuasa supaya akur kepada kenyataan Mahkamah Rayuan bahawa perbuatan yang sah iaitu berhimpun secara aman tidak boleh dihukum sebagai satu jenayah,” kata gabungan berkenaan yang daripada dipetik kenyataan media.

Kenyataan media bersama itu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 yang diketuai Pengerusinya, Maria Chin Abdullah dan Timbalan Pengerusi, Dr Ahmad Farouk Musa.

Katanya, Parlimen juga harus mengkaji semula APA bukan sahaja daripada segi kandungan tetapi namanya juga kerana andaian asas bahawa hak berhimpun adalah kegiatan aman yang tidak perlu dinyatakan dengan eksplisit.

BERSIH_duduk_jamekBERSIH 2.0 menegaskan kebebasan bersuara termasuk kebebasan berhimpun adalah sebahagian daripada sistem semakan dan imbangan dalam sistem demokrasi.

“Undang-undang yang mencengkam masyarakat tidak ada tempatnya dalam negara demokratik.

“Jika pihak berkuasa khuatir berkenaan ancaman keselamatan, sudah ada dan cukup undang-undang yang mengawal keadaan perhimpunan contohnya Akta Polis,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.