Categories
NASIONAL

Kes APA, kerajaan tidak patut bazir wang rakyat

SHAH ALAM, 7 MEI: Kerajaan Pusat tidak perlu membazirkan wang rakyat dengan mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dengan pertuduhan sama selepas ditolak, 12 hari lalu.

Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, berkata seseorang itu tidak boleh didakwa dengan kesalahan yang sama jika beliau dibebaskan mahkamah dan hal itu menyebabkan Nik Nazmi dikenakan pendakwaan dua kali.

Nik Nazmi, 32, pada awalnya didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa gagal memberi notis sepuluh hari kepada polis sewaktu penganjuran himpunan ‘Black 505’, tahun lalu.

niknazmiBeliau dibebaskan daripada tuduhan itu oleh Mahkamah Rayuan, pada 25 April lalu dan dibebaskan sekali lagi oleh Mahkamah Sesyen semalam, selepas beliau didakwa semula.

“Ia tidak kena daripada segi undang-undang untuk mendakwa beliau semula dengan tuduhan sama. Perkara itu membazirkan wang orang ramai,” katanya dipetik daripada Malaysia Kini.

Semalam, Hakim Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam N Surendran untuk menghalang Nik Nazmi daripada dibicarakan semula.

Katanya, pendakwaan perlu meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas keputusan Mahkamah Rayuan dan tidak memfailkan kes baru di Mahkamah Sesyen.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Nik Nazmi didakwa semula APA, penghinaan keputusan Mahkamah

SHAH ALAM, 6 MEI: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad didakwa semula di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Peguam, N Surendran berkata, pendakwaan semula itu adalah penghinaan oleh Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Nik Nazmi12Semalam, Peguam Negara mengarahkan Nik Nazmi didakwa semula di bawah PAA walaupun Mahkamah Rayuan Putrajaya, pada 25 April lalu membebaskannya dengan mengisytiharkan hukuman bawah Seksyen 9(5) akta tersebut melanggar perlembagaan.

Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (Bersih) dalam kenyataan semalam menyatakan bahawa pendakwaan semula ke atas Nik Nazmi di bawah APA adalah ‘hadiah’ kerajaan kepada rakyat Malaysia pada ulang tahun pertama 505.

“Nampaknya kerajaan tetap mahu memangsakan rakyat yang berani bersuara menentang ketidakadilan,” tegas kenyataan Bersih.

Categories
NASIONAL

BERSIH gesa pertuduhan Thomas Fann digugurkan, perlu kaji semula APA

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 MEI: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menggesa Pejabat Peguam Negara mengugurkan pertuduhan ke atas Naib Pengerusi Semenanjung Selatan BERSIH 2.0, Thomas Fann bersama tiga yang lain.

Tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) itu perlu digugurkan berikutan pengisytiharan Mahkamah Rayuan dalam kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa Seksyen 9(5) APA melanggar Perlembagaan Malaysia.

“Walaupun Fann bersama Koh Jit Huat, Mohd Salleh Ahmad dan Steven Choong dituduh di bawah seksyen lain iaitu Seksyen 9(1) yang mensyaratkan penganjur himpunan memberi notis 10 hari kepada polis, namun memandangkan ketetapan Mahkamah Rayuan bahawa penghukuman terhadap mereka yang gagal memberi notis 10 hari adalah tidak berperlembagaan, maka masih relevan lagikah syarat dan seksyen itu.

amk bersih mangsa“BERSIH 2.0 menyeru pihak berkuasa supaya akur kepada kenyataan Mahkamah Rayuan bahawa perbuatan yang sah iaitu berhimpun secara aman tidak boleh dihukum sebagai satu jenayah,” kata gabungan berkenaan yang daripada dipetik kenyataan media.

Kenyataan media bersama itu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 yang diketuai Pengerusinya, Maria Chin Abdullah dan Timbalan Pengerusi, Dr Ahmad Farouk Musa.

Katanya, Parlimen juga harus mengkaji semula APA bukan sahaja daripada segi kandungan tetapi namanya juga kerana andaian asas bahawa hak berhimpun adalah kegiatan aman yang tidak perlu dinyatakan dengan eksplisit.

BERSIH_duduk_jamekBERSIH 2.0 menegaskan kebebasan bersuara termasuk kebebasan berhimpun adalah sebahagian daripada sistem semakan dan imbangan dalam sistem demokrasi.

“Undang-undang yang mencengkam masyarakat tidak ada tempatnya dalam negara demokratik.

“Jika pihak berkuasa khuatir berkenaan ancaman keselamatan, sudah ada dan cukup undang-undang yang mengawal keadaan perhimpunan contohnya Akta Polis,” katanya.

-NFN-

JURNAL BERITA – Daim: Kerajaan BN pimpinan Najib Razak tidak cekap

<center><iframe width=”560″ height=”315″ src=”//www.youtube.com/embed/BrgnaMN7Swg” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe></center>

 

 

1. Daim: Kerajaan BN pimpinan Najib Razak tidak cekap

2. Human Right Watch kritik kepimpinan Najib

3. Pakatan Rakyat ulangi kesedian bincang dengan BN isu kepentingan rakyat

4 Nik Nazmi kemuka rayuan APA langgar Perlembagaan

5 MB dedah dokumen isu ahli Perbadanan PKNS

6. Skim Mesra Usia Emas perkenal insentif tambahan rai hari lahir ahli

7. Program Community Chef DUN Permatang galak masyarakat sedia menu berkhasiat

8. Elak lori treler hempap rumah berulang, 9 keluarga diberi penempatan baru

9. MBPJ naik taraf kemudahan Pusat Komersil SS2 PJ, penuhi kehendak masyarakat

10.SPAD digesa turun padang pantau kenaikan tambang bas sekolah

11.PR anjur konvensyen pasca PRU-13 pada 8 Mac ini

12.Pertandingan wau tarik minat golongan muda dekati warisan

Categories
SELANGOR

Nik Nazmi kemuka rayuan APA langgar Perlembagaan

Oleh : MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM 22 JAN: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk membuat deklarasi bahawa Akta Perhimpunan Aman 2012 melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Nik Nazmi yang juga ADUN Seri Setia akan mengemukakan rayuan itu jam 9 pagi, pada 23 Januari ini.

Sebelum ini, Nik Nazmi dituduh mengikut APA 2012 kerana gagal memaklumkan pihak polis 10 hari sebelum perhimpunan Blackout505 di Stadium Kelana Jaya, pada 8 Mei lalu.

niknazmiIni adalah kali pertama satu pertuduhan di bawah APA 2012 akan cuba dibatalkan dan kedudukan APA 2012 di sisi perlembagaan dipersoal.

Nik Nazmi akan diwakili peguam N Surendran dan Syahredzan Johan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Nik Nazmi untuk mengetepikan pertuduhan terhadapnya kerana menganjurkan perhimpunan itu.

Nik Nazmi didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memberikan notis yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntuk hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Suhakam : Polis Mesti Adil, Laksanakan Hak Berhimpun

Suhakam april 17 01

KUALA LUMPUR, 17 APR : Panel Siasatan Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengesyorkan pihak polis supaya bersikap neutral dalam melindungi keselamatan peserta dan orang awam dalam mengedalikan sebarang perhimpunan di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata, pihak polis perlu menyelia perhimpunan aman seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dalam memastikan pengurusan orang awam dapat dilakukan dengan baik dan teratur.

“Polis juga harus meminimumkan gangguan kepada orang awam dan aktiviti di kawasan yang berkenaan.

“Ia boleh dicapai melalui mesyuarat bersama pihak penganjur serta latihan dan bengkel yang berterusan berhubung pengurusan dan kawalan peserta semasa perhimpunan berselari dengan piawaian antarabangsa,” katanya.

Lake Tee berkata demikian ketika membaca laporan siasatan awam ke atas insiden semasa dan selepas Bersih 3.0 pada 28 April 2012.

Tambahnya, polis juga harus memastikan peserta diberi masa yang mencukupi untuk bersurai secara teratur dan selamat. Selain menyediakan akses yang betul untuk keluar bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Tegasnya, polis juga perlu mengelak sebarang kejadian tidak diingini atau arahan yang bercanggah dengan memastikan semua arahan oleh Komander Lapangan sampai kepada kakitangan polis yang bertugas semasa perhimpunan.

“Pegawai yang melakukan penahanan perlu mengamalkan sikap berhati-hati dan mengelakkan penggunaan kekerasan yang tidak wajar dalam melakukan tangkapan serta memaklumkan kepada orang awam yang ditahan mengenai sebab mereka ditahan,” katanya lagi.

Para wartawan juga dinasihatkan supaya tidak memakai pakaian yang sama seperti peserta, selain perlu mempamerkan tag media sepanjang masa.

Tegasnya, petugas media tidak seharusnya menyertai aktiviti himpunan seperti menyanyi bagi mengelakkan mereka disalahtafsir sebagai peserta.

Selain itu, polis juga digesa supaya menjalankan siasatan ke atas laporan yang dibuat oleh orang awam berhubung tindakan kakitangan mereka bagi mengelakkan tuduhan berat sebelah dan tidak telus.

“Pihak berkuasa perlu lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan yang boleh disalahtafsir sebagai membenarkan atau memperjuang apa-apa perlanggaran hak asasi manusia dan udang-undang di negara ini.

“Pihak berkuasa juga perlu bertindak secara profesional,adil dan saksama pada setiap masa dalam melaksanakan tugas agar mereka tidak kelihatan memihak kepada mana-mana pihak atau kumpulan tertentu,” katanya.