Categories
SELANGOR

Najib terima kajian salah, dasar air percuma bukan punca catuan

Oleh: NORHAYATI UMOR

BESTARI JAYA, 5 MEI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid menyifatkan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu kekurangan air di negeri itu tidak dikaji dengan betul.

Abdul Khalid berkata, dasar pemberian air percuma yang diamalkan Kerajaan Negeri dan keengganan menaikkan tarif air bukan punca kekurangan air di Selangor.

Katanya, masalah yang berlaku itu disebabkan kurangnya penerimaan taburan hujan di kawasan empangan baru-baru ini.

Abdul Khalid“Saya ingat orang yang bagi kajian kepada Najib itu tidak dikaji dengan betul. Kurang air tiada kena mengena dengan tarif air atau pemberian air percuma.

“Ia disebabkan empangan yang tidak menerima air hujan yang secukupnya,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Geran Tanah kepada peneroka Kampung Sungai Darah, di sini, semalam.

Abdul Khalid berkata, kekerapan hujan ketika ini mampu menampung kekurangan air mentah di empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus air bagi penduduk Lembah Klang.

empangan  air lembah kelang“Insya Allah sekarang musim hujan dan kita berharap empangan Sungai Selangor akan sentiasa penuh dan tidak menimbulkan masalah air mentah lagi seperti yang berlaku baru-baru ini,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan Najib mendakwa pemberian air percuma dan keengganan Kerajaan Negeri menaikkan tarif elektrik menyebabkan catuan air berlaku di negeri itu selama dua bulan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.