Categories
SELANGOR

Elak pembakaran terbuka, El Nino tahun ini dijangka lebih teruk

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 30 MEI: Kerajaan Negeri mengingatkan orang ramai untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka, terutama menjelang fenomena El Nino.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata kesan El Nino pada tahun ini dijangka lebih teruk berbanding tahun sebelum ini.

Katanya, El Nino akan menyebabkan keadaan udara menjadi sangat kering, selain menggalakkan lagi aktiviti pembakaran seterusnya mampu mengancam harta benda dan nyawa.

Elizabeth Wong Komen Khaled Nordin“Kita memang ada peruntukan undang-undang, tetapi kita mahu mencegah sebelum parah sebab itu perlu kerjasama dan kesedaran semua.

“Tanpa kesedaran orang ramai, usaha kita pasti tidak akan berjaya, jadi kita rayu tolong jangan lakukan pembakaran terbuka atas apa juga alasan kecuali atas keagamaan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan majlis perasmian penutup program International Children Storytelling Camp di Kelab Sri Damansara, di sini, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengumumkan El Nino akan melanda negara kesan daripada Monsun Barat Daya bermula awal Mei sehingga September ini berdasarkan kenyataan dikeluarkan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).

elizabeth api johan setia 25 jun 03Monsun Barat Daya dikatakan sudah bermula di Malaysia pada 15 Mei lalu dan dijangka berterusan sehingga September ini yang secara amnya monsun itu adalah musim kering bagi negara ini.

Mengulas langkah diambil Kerajaan Negeri menghadapi El Nino, Elizabeth berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil beberapa langkah berhubung pemantauan termasuk menambah jam rondaan di Johan Setia Klang.

“Tetapi sebenarnya yang paling terdedah dan mudah terbakar adalah di Kuala Langat dan ia boleh jadi atas pelbagai alasan.

“Seperti satu kes sebelum ini, kawasan empangan boleh terbakar disebabkan sepuntung rokok yang dibuang pemancing di kawasan itu,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.