Categories
NASIONAL

Episod penculikan di Sabah, keberkesanan Esscom kian dipertikai

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 6 MEI: Episod kejadian penculikan yang berlaku di Sabah akan menggugat jumlah kehadiran pelancong ke negara ini memandangkan ia melibatkan aspek keselamatan.

Ahli Palimen Batu, Tian Chua berkata, prestasi Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) dengan peruntukan lebih RM200 juta semakin dipertikaikan ekoran kejadian menggugat keselamatan kerap berulang.

penculik“Sepatutnya ada peningkatan dari segi tindakan kesediaan untuk menghadapi ancaman keselamatan. Malangnya kita lihat tidak ada langkah-langkah kecemasan tambahan.

“Dikhuatiri jika perkara ini berulang dan boleh menjatuhkan keyakinan pelancong,” katanya dalam sidang media, di sini.

Jelasnya sektor perlancongan sedia ada sudah tergugat ditambah dengan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.

Katanya, menteri dan agensi bertanggungjawab perlu menjawab perkara ini secara telus tanpa perlu memberikan alasan.

Dalam kejadian penculikan terbaru, Pengurus Wonderful Terrace Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengendalikan ladang ikan warganegara China, Yang Zailin diculik di Silam, Lahad Datu pada jam 2.45 pagi tadi.

tianDipercayai bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu melarikan diri ke arah selatan Filipina.

Sebelum itu, pada kira-kira pukul 11 malam Ahad, empat lelaki berpakaian seragam ala tentera merompak seorang guru dan tiga rakan beliau yang memancing di perairan Sungai Bilis di Tanjung Labian dengan melarikan dua enjin bot sangkut dan satu enjin bot pam.

Ia merupakan penculikan kedua dalam tempoh hampir sebulan.

Pada 2 April lalu, pelancong China Gao Hua Yuan, 29, dan seorang pekerja resort Marcy Darawan, 40, diculik sekumpulan lelaki bersenjata dari Singamata Reef Resort di Semporna.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.