Categories
SELANGOR

Henti pertikai keselamatan air lombong

SHAH ALAM, 9 MEI: Profesor Jabatan Biologi Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Ahmad Ismail meminta pihak tertentu berhenti mempersoalkan keselamatan sumber air bekas lombong yang dipamkan ke Sungai Selangor.

Dr Ahmad berkata, sampel air lombong berkenaan sudah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia yang menunjukkan kandungan besi, magnesium, nikel dan plumbum di bawah paras dibenarkan Kementerian Kesihatan.

“Air dirawat ikut kriteria Piawaian Kebangsaan bagi Air Minuman yang disahkan kajiannya oleh kementerian dan jabatan kimia. Ia tidak perlu diragui lagi.

image“Kalau air itu diminum terus daripada sumber lombong, itu baru bahaya. Kalau sudah dirawat dan diuji maka ia selamat,” katanya yang dipetik daripada portal Sinar Harian.

Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia berkata, jika kajian dilakukan mengikut peraturan dan kualiti air minuman berdasarkan piawaian serta sudah diaudit, maka ia boleh diterima.

“Syarat air minuman dan dikaji ikut parameter diperlukan. Kalau ingin kaji semula, ia rumit dilakukan kerana perlu mengambil kira kualiti, prosedur dan berbeza berdasarkan prinsip tertentu,” katanya.

Sebelum ini, timbul beberapa pertikaian yang mendakwa alternatif air lombong sebagai bekalan tambahan ketika Selangor berdepan krisis bekalan air sebagai mengancam keselamatan pengguna di Lembah Klang.

EmpanganLembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Kerajaan Negeri juga mempertahankan keselamatan air bekas lombong dengan memaklumkan bahawa 27 parameter air lombong sudah diuji yang merangkumi kategori fizikal, logam dan logam berat.

Hasil analisa menunjukkan parameter logam berat di dalam kolam berkenaan mematuhi had piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.