Categories
NASIONAL

Himpunan 1 Mei: 10,000 dijangka hadir, peserta mula berkumpul

KUALA LUMPUR 1 MEI: Kira-kira 10,000 peserta dijangka membanjiri Kuala Lumpur dalam perhimpunan besar-besaran hari ini bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang digerakkan oleh 89 gabungan NGO.

Perhimpunan yang turut disokong oleh parti Pakatan Rakyat diadakan sempena Hari Pekerja 1 Mei yang disambut seluruh dunia hari ini dan dijangka turut disertai ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan serta NGO.

himpunan 1 Mei 2Ketika ini orang ramai sudah mula membanjiri beberapa lokasi antaranya di hadapan Pasaraya Sogo di sini.

Dilaporkan juga peserta perhimpunan aman sudah mula berkumpul di pekarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) KLCC, Masjid Negara, Brickfield, Sogo dan sebagai kumpulan utama sebelum bergabung di Dataran Merdeka selepas itu.

himpinan 1 MEIAntara kain rentang yang dibawa mereka tertera perkataan “GST Cukai yang melampau satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia”, “Tak nak GST” dan “TPPA makes Malaysia colony of USA” (TPPA menjadikan Malaysia tanah jajahan Amerika).

Keadaan lalu lintas di sekitar ibu negara masih terkawal.

Setakat 11 pagi ini, jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur berkata tiada penutupan jalan dilakukan di ibu negara.

Turut kelihatan beberapa anggota polis mengadakan rondaan di kawasan-kawasan strategik di ibu negara dan kawalan ketat oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di lokasi perhimpunan iaitu di Dataran Merdeka.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.