Categories
SELANGOR

Perkhidmatan bas komuniti MBPJ dilengkapi wifi percuma 15 Mei

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 1 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meneruskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat Petaling Jaya dengan menyediakan perkhidmatan bas percuma yang akan dilancarkan 15 Mei nanti.

Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, bagi menjayakan program itu, MBPJ menjalinkan kerjasama dengan syarikat Rapid Bus Sdn Bhd dengan memperuntukkan 10 buah bas.

bas 1Ia lengkap dengan jaringan wifi percuma dan paparan LED dengan kekerapan perjalanan10 hingga 15 minit untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga Petaling Jaya.

“Majlis mensasarkan penggunaan perkhidmatan awam dapat ditingkatkan dan membantu meredakan masalah kesesakkan lalu lintas khususnya pada waktu puncak.

“Bas percuma ini juga boleh digunakan dan memberi keutamaan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU).

“Waktu perkhidmatannya bermula jam 6.00 pagi sehingga 9.00 malam pada setiap hari dengan ke destinasi tumpuan utama di Petaling Jaya seperti stesen LRT, hospital, sekolah, institut pengajian tinggi, pejabat kerajaan dan pasar,” kata Alinah ketika menyampaikan perutusannya dalam Mesyuarat Penuh ke-4 MBPJ di ibu pejabat MBPJ di sini.

Katanya lagi, perjalanan perkhidmatan bas percuma ini meliputi laluan sejauh 28 kilometer dan akan bermula di Hub Bas PJS3 yang sedang dibangunkan.

Jelas Alinah, bas percuma itu akan melalui Jalan Klang Lama, Jalan Templer, Jalan Othman, Jalan Yoong Shook Lin, sekitar pusat Bandar seksyen 52, Jalan Penchala, Jalan Semangat, Jalan Universiti dan Jalan Gasing.

Sementara itu, dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Perkhidmatan Bas Percuma Petaling Jaya antara MBPJ dan Rapid Bus Sdn Bhd turut diadakan tengah hari tadi di ibu pejabat MBPJ.

MBPJDalam majlis itu MBPJ diwakili Datuk Bandar sendiri manakala Rapid Bus Sdn Bhd pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zohari Sulaiman.

Zohari berharap agar masyarakat di Petaling Jaya dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan bagi membantu mengurangkan kesesakkan lalulintas dan pencemaran asap kenderaan terhadap alam sekitar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.