Categories
NASIONAL

Jika tiada di Lautan Hindi, di manakah pesawat MH370 berakhir?

SHAH ALAM 31 MEI: Ketika pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang 85 hari sejak 8 Mac lalu, pengumuman Pegawai Australia semalam mengesahkan pesawat itu tidak berada di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi terus membingungkan keluarga mangsa.

Keluarga penumpang, Zahida Hasnan berkata beliau penat bersabar dan ‘dibuli’ oleh pihak berkuasa yang terus menipu keluarga.

mh“Saya penat dengan semua ini. Kami perlu pembabitan penyiasat persendirian. Kami perlu ketelusan dan perkongsian maklumat dengan cepat,” kata Zahida dipetik The Malaysian Insider.

Zahida dari Singapura adalah kakak kepada Mohd Hazrin Hasnan, seorang daripada 12 anak kapal MH370 yang lesap pada 8 Mac bersama 227 penumpang itu.

“Mereka sudah tahu perkara ini. Mereka ada keraguan mengenai lokasi di mana MH370 kali terakhir ‘dikesan’ sejak dari awal.

“Kami sudah tahu. Pendedahan terbaru mengenai ping dan kenyataan daripada Australia membuktikan keraguan dan kecurigaan kami mengenai kedudukan terakhir pesawat itu,” kata Zahida Hasnan.

Beliau berkata, di sebalik maklumat yang dipegang oleh pihak berkuasa, terutama daripada kerajaan Malaysia, dunia nampaknya lebih ke depan dalam memberi maklumat.

Color MH370 location map.jpg.CROP.promovar-mediumlargePusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan semalam berkata, kenderaan bawah laut automatic Bluefin-21 melengkapkan misinya pada Rabu, dan selepas meneliti lebih 850 kilometer persegi di dasar laut, ia tidak menemui sebarang tanda bangkai pesawat itu.

Ping yang menjadi petunjuk utama untuk mengesan pesawat hilang itu, bagaimanapun tidak lagi dipercayai datang daripada kotak hitam MH370, lapor CNN.

Timbalan Pengarah Kejuruteraan Laut Tentera Laut AS, Michael Dean memberitahu CNN kini ada persetujuan ping itu datang daripada sumber buatan manusia lain yang tidak berkait dengan pesawat itu.

Bercakap kepada CNN, Dean berkata, jika ping itu daripada perakam pesawat berkenaan, pencari sudah pasti menemuinya.

Dean berkata dalam laporan CNN, negara lain yang terbabit dalam pencarian MH370 turut membuat kesimpulan sama.

Katanya, walaupun tidak mungkin untuk menolak sepenuhnya teori ping itu datang daripada kotak hitam pesawat berkenaan, tidak ada bukti mencadangkan sebaliknya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.