Categories
SELANGOR

Koir Shah Alam Shine dedah generasi muda lagu rakyat

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 27 MEI : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terus rancak menganjurkan Pertandingan Koir Shah Alam Shines Edisi Kebangsaan yang diperkenalkan sejak tahun 2010.

Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata edisi tahun ini diadakan di Dewan Auditorium MBSA pada Sabtu dan Ahad lepas dengan disertai lebih 30 penyertaan sekolah-sekolah seluruh negara.

KoirKatanya, pertandingan diadakan bagi memberi pendedahan dan penghayatan kepada generasi muda mengenai lagu-lagu patriotik dan lagu-lagu rakyat.

“Setiap kumpulan yang bertanding diwajibkan untuk mendendangkan dua buah lagu terdiri daripada lagu berunsur patriotik dan juga lagu-lagu rakyat.

“Penyertaan diterima dari sekolah seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut edisi pertandingan kali ini, Shahrin berkata sebanyak 33 kumpulan koir yang terdiri daripada 16 buah sekolah menengah dan 17 buah sekolah rendah mengambil bahagian bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM 14, 000.

Antara yang berjaya ialah Seafield Choir daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield, Subang Jaya yang berjaya mengungguli kategori sekolah menengah dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 3, 000 beserta sijil.

Bagi kategori sekolah rendah pula dimenangi The Green Team daripada Sekolah Kebangsaan Subang Jaya yang turut berjaya membawa pulang RM 3,000 beserta sijil.

Hadiah untuk kategori sekolah menengah disampaikan Timbalan Datuk Bandar, Mohtar Hani sementara kategori sekolah rendah pula disampaikan Pengarah Korporat dan Pembangunan Komuniti, Asmah Mohd Zin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.