Categories
SELANGOR

Media laman sosial beri impak baru pada dunia kewartawanan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 4 MEI : Peranan media di laman sosial (internet atau portal) memberi perubahan dan impak besar kepada dunia kewartawanan, malah ia lebih diminati masyarakat masa kini sebagai sumber berita berbanding media cetak mahupun elektronik.

Editor Eskekutif Sun Media Corporation Sdn Bhd, Balan Moses, berkata kebanyakan organisasi media sedia ada di Malaysia menjadikan laman sosial sebagai rujukan untuk menyemak atau mengetahui perkembangan terkini tentang sesuatu isu yang berlaku di negara ini.

IMG_0243aKatanya media cetak dan elektronik mampu menghasilkan kualiti berita yang jauh lebih baik sekiranya tidak disekat dan diberi kebebasan yang sama seperti media sosial.

“Wartawan di media cetak dan elektronik ingin tahu apa yang dilaporkan di internet supaya sesuatu berita itu boleh dibuat ‘follow up’.

“Saya yakin kita boleh buat lebih baik jika media cetak diberi kebebasan yang sama seperti media di laman sosial,” katanya pada Forum Kebebasan Akhbar Sedunia di Universiti Selangor (Unisel), di sini.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 3 Mei sebagai Hari Kebebasan Media Sedunia bagi menimbulkan kesedaran tentang pentingnya kebebasan akhbar dan mendukung hak kebebasan bersuara di bawah Artikel 19, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

mediaIa juga adalah simbolik kepada ulang tahun perisytiharan Windhoek, satu pernyataan tentang prinsip kebebasan akhbar yang dirangkumkan oleh para wartawan akhbar Afrika pada tahun 1991.

Balan berkata rakyat yang menentukan sama ada suatu berita itu berkualiti atau tidak melalui pembelian surat khabar sedia ada di pasaran.

Beliau berkata sekiranya lebih banyak permit dikeluarkan, maka lebih banyak pandangan berita daripada orang ramai akan diketahui.

“Penguatkuasa kata kita tidak boleh beri permit kerana mereka (media) akan menulis berita sensasi tetapi bagi saya biar rakyat tentukan.

“Media adalah organisasi komersial di mana kalau orang tak beli surat khabar, media itu akan mati atau terkubur,” katanya lagi.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.