Categories
NASIONAL

Mat Sabu bebas dakwaan langgar perintah mahkamah dalam perhimpunan aman

SHAH ALAM, 20 MEI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan 42 lagi dibebaskan kerana menyertai himpunan protes terhadap kenaikan kos sara hidup di Kuala Lumpur enam tahun lalu tanpa pembelaan.

Hakim Mahkamah Sesyen Mat Ghani Abdullah dalam memberikan kebebasan itu mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie, lapor The Malaysian Insider.

Mereka didakwa mengabaikan perintah mahkamah yang melarang sesiapa daripada menyertai himpunan yang dianjurkan kumpulan yang dipanggil protes.

mat sabu oren 01Antara 43 yang didakwa itu termasuk ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS antaranya Naib Presiden PKR, Tian Chua, Dr Badrul Amin Bahrom, Dr Mohd Hatta Ramli dan Dzulkefly Ahmad.

Selain daripada itu, Presiden dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim dan S Arutchelvan turut dibebaskan mahkamah.

Menurut Malaysia Kini, antara dibebaskan bekas wartawannya, Syed Jaymal Zahiid.

Mereka didakwa terbabit dalam perhimpunan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada 26 Januari 2008.

Syed Jamal turut didakwa menghalang Cif Inspektor Effendi Abdul Rahman daripada menjalankan tugas apabila bertanya pegawai pasukan itu berhubung penahanan peserta perhimpunan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.