Categories
SELANGOR

Pekerja perlu dihargai, penyumbang kemajuan negara

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 1 MEI: Golongan pekerja dalam sektor formal perlu dihargai dan tidak dilupakan dalam menikmati kebaikan, khazanah serta pendapatan secara adil kerana mereka golongan penting dalam arus pembangunan sesebuah negara.

Aspek utama yang perlu dititik beratkan adalah kebajikan pekerja dan perkara ini perlu ditingkatkan dari masa ke semasa bagi meningkatkan kualiti hidup pekerja dan keluarga.

pekerja swastaExco Kebajikan Selangor, Rodziah Ismail berkata, terdapat jurang yang berlaku terhadap perlaksanaan memelihara kebajikan pekerja termasuk kumpulan informal seperti suri rumah sepenuh masa yang lazimnya tidak menerima sebarang gaji.

Hal ini dibebankan lagi dengan kos sara hidup tinggi berbanding pendapatan yang diperolehi selain bakal diburukkan dengan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) April tahun hadapan.

rodziah pc green 20 jul 01“Jika kebiasaan transaksi itu bernilai RM500, GSTnya ialah RM30. Jika transaksi sedemikian berlaku 4 kali sebulan, maka GST yang dikenakan ialah RM120 sebulan.

“Maka sepanjang tahun jumlah GST yang mungkin di bayar ialah RM1440. Ia suatu jumlah yang besar,” katanya sempena perutusan Hari Pekerja 1 Mei 2014.

Katanya, pengiktirafan status golongan pekerja sewajarnya diimbangi dengan keseriusan untuk melihat wujudnya mekanisme dan skim yang tulus dan telus memelihara kebajikan golongan pekerja.

“Golongan pekerja wajar diiktiraf sebagai rakan kongsi dalam sebarang usaha dan pelan tindakan pembangunan sesebuah negara.

“Ia memerlukan kesanggupan dan keazaman politik yang berasaskan nilai untuk menjadikan ia suatu kenyataan – bukan kekuasaan politik yang rakus dan memperalatkan golongan pekerja untuk tujuan sempit yang mementingkan agenda yang sempit,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.