Categories
NASIONAL

Perniagaan Jalan TAR harap durian runtuh sempena Himpunan Tolak GST

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 1 MEI: Perniagaan di sepanjang Jalan Tunku Abd Rahman didapati meneruskan operasi perniagaan masing-masing seperti biasa walaupun menyedari perhimpunan aman menolak GST akan diadakan hari ini.

Malah beberapa peniaga yang sempat ditemui Selangor Kini menganggap perhimpunan yang diadakan ini sebagai kesempatan terbaik untuk meraih keuntungan luar biasa.

himpunan“Harap hari ini ada ‘durian runtuh’ sebab ramai yang datang termasuk yang datang dari jauh akan ambil kesempatan membeli tudung di kedai kami,” kata peniaga kedai tudung yang enggan namanya disebut.

GST1Kata beliau beliau hanya mengetahui ada perhimpunan 1 Mei 2014 diadakan apabila melihat kehadiran orang ramai yang memakai baju serba merah dengan pelbagai slogan membantah GST.

Peniaga kedai makan di Jalan Masjid India yang mahu dikenali sebagai Lie pula memberitahu setiap kali perhimpunan diadakan perniagaannya akan memperolehi keuntungan luar biasa.

Sogo“Harap kali ini pun sama juga. Ini peluang bagus. Saya dah arahkan perkerja saya menambah stok minuman, makanan dan ais yang lebih dari biasa,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu peniaga tekstil, Mohd Jaber berkata selalunya peserta perhimpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur akan mengambil kesempatan membeli-belah di kedai beliau.

“Biasa dapat buat duit tetapi kalau polis kacau, susah, keadaan jadi huru-hara,” kata beliau.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.