Categories
NASIONAL

PRK Teluk Intan: BN anggap kangkung ‘senjata bahaya’

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 31 MEI: DAP menyeru orang ramai mengelakkan daripada menggunakan kangkung ketika kempen dihari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang berlangsung hari ini.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata ini berikutan penyokong Barisan Nasional (BN) mengklasfikasikan sayur kangkung merupakan ‘senjata bahaya’ yang perlu dilarang, khususnya di Pusat Pengundian Kampung Bahagia, Teluk Intan.

Kangkung3 (1)“Mereka bukan saja fobia dengan kangkung, malah sudah mencapai melihat kangkung sebagai senjata bahaya dan perlu dihentikan.

“Jadi kami seru penyokong Pakatan Rakyat (PR) hentikan bawa kangkung kerana mencetuskan kemarahan penyokong BN dalam PRK kali ini supaya dapat mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” kata Nie Ching ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Nie Ching turut berharap BN menasihati ahli-ahlinya agar tidak melakukan provokasi perkauman dan berkempen secara tidak sihat dengan menyamar sebagai ahli DAP bagi meraih sokongan ‘undi Cina untuk Cina’.

Sebelum ini dalam mana-mana pilihan raya umum dan PRK, penyokong BN sering dilihat tidak terkawal dengan gelagat samseng dan melakukan pelbagai provokasi terhadap penyokong lawan.

Antaranya bertindak biadap terhadap calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud ketika beliau menjalankan kempen di satu tapak pasar malam baru-baru ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.