Categories
NASIONAL

PRK Teluk Intan: Dyana Sofya dicabar Presiden Gerakan, pertembungan dua penjuru

TELUK INTAN 19 MEI: Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan persaingan dua penjuru melibatkan calon daripada DAP dan BN.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad mengumumkan  calon bertanding Datuk Mah Siew Keong (BN) dan Dyana Sofya Mohd Daud (DAP)

10374007_885464014803871_1616670679462923487_nProses penamaan calon yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini, ditutup pada 10 pagi tadi.

Mah dicadang oleh Setiausaha Agung MCA Perak, Datuk Seri Kuan Peng Soon dan dicadang oleh Adun Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaludin. Dyana pula dicadang oleh ahli DAP, Chang Kok Lim dan disokong oleh ahli parti, Pooi Weng Keong.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut hadir semasa penamaan calon bagi memberikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat yang turut disertai pimpinan Pakatan Rakyat lain.

Mb TELUKPengundian awal akan diadakan 27 Mei ini manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi Tidak Hadir Luar Negara layak mengundi pada PRK itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.