Categories
SELANGOR

Shah Alam perlu jadi bandar sukan, bentuk masyarakat sihat

Oleh :  LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM ,18 MEI : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disaran untuk terus fokus dalam menganjurkan program berbentuk sukan dalam usaha mewujudkan masyarakat yang sihat serta cergas.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , erkata langkah itu sesuai dengan status bandar raya itu yang mempunyai majoriti rakyat berusia di bawah 35 tahun.
“Terdapat beberapa aktiviti sukan yang mesti kita teruskan dan apa yang penting adalah perangkaan rancangan di Shah Alam.
DSC_2425“Ia adalah bandar muda dan lebih 60 peratus warganya di bawah 35 tahun, tidakseperti bandar lain seperti Tokyo dan London yang majoritinya lebih 55 tahun.
“Oleh itu, bagi Shah Alam, aktiviti sukan mesti dipertingkatkan,” katanya dalam pada media, di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau hadir di Taman Sukan Lasak bagi menyempurnakan Majlis Pelepasan Program Kayuhan Basikal ‘Shah Alam 2014’ yang disertai hampir 800 peserta dari seluruh negara.
Majlis pelepasan yang bermula tepat jam 8 pagi itu turut disertai Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan serta timbalannya, Mokhtar Hani.
DSC_2413Shah Alam Endure Ride 2014 mempertandingkan lima kategori iaitu Wanita Terbuka (18 tahun dan ke atas), Lelaki Master (36 hingga 45 tahun), Lelaki Senior Master (46 tahun ke atas), Lelaki Terbuka (35 tahun dan ke bawah) dan Lelaki Junior (bawah 18 tahun).
Program yang pertama kali dianjurkan itumemerlukan peserta berkayuh sejauh 160 kilometer bermula di perkarangan Taman Sukan Lasak Shah Alam dan melalui daerah Klang, Gombak dan Kuala Selangor.
Peserta yang berjaya menghabiskan kayuhan dalam tempoh lapan jam akan menerima sijil penyertaan dan juga medal selain hadiah menarik kepada penyertaan kelab atau kumpulan teramai dan catatan masa terbaik.
Selain pertandingan berbasikal, turut diadakan ialah acara sampingan Kayuhan Santai Shah Alam serta pertandingan ‘wall climbing’, pertandingan pertunjukan basikal Mountain Bike, BMX, pertandingan papan luncur dan cabutan bertuah.
-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.