Categories
NASIONAL

Syabas MCA, tegur Umno kawal ahli liar mereka

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 MEI: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengucapkan syabas kepada Pemuda MCA kerana menegur Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya mengawal anggota pergerakan itu ekoran perhimpunan kontroversi mahu membakar ibu pejabat DAP, baru-baru ini.

Khalid berkata, kegiatan kotor dan samseng yang digunakan Umno adalah tindakan terdesak dan salah satu petanda awal kejatuhan Umno sendiri.

“Sabotaj nombor telefon bimbit, twitter, facebook, perbuatan samseng seperti menyerang pejabat DAP di Kuala Lumpur dan Kuantan menunjukkan tanda kejatuhan Umno. Mereka sudah tidak mampu lawan secara sihat dan kawal ahli mereka yang tidak boleh terima parti itu berada di ambang kejatuhan.

khalid samad white pc 03“Saya ucapkan tahniah kepada MCA yang sanggup memberikan peringatan kepada Khairy Jamaluddin supaya kawal sikit tindakan Pemuda Umno dan yakin taktik sistem pesanan ringkas (SMS) ini pun sama juga,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

Katanya, tindakkan liar yang dilakukan anggota Pemuda Umno terhadap DAP baru-baru ini hanya mencerminkan Umno sebuah parti ekstrim yang menambah kebencian rakyat.

“Kalau ada yang bersorak gembira melihat pejabat DAP diserang, sudah tentu mereka juga terdiri daripada golongan sama ekstrimis dan suka keganasan dan berlawan tidak menggunakan akal.

“Bagi mereka yang mampu berfikir dan mahu keamanan, sudah tentu tidak bersetuju dengan tindakkan ganas serta memalukan Umno sendiri,” kata.

KHAIRYSejak tsunami politik 2008, Umno yang semakin tertekan dilihat bertambah agresif menggunakan pelbagai taktik kotor dan ganas terhadap pemimpin serta penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Malangnya, sehingga kini Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menegur ahli parti itu, seklai gus membayangkan tindakan ganas itu mendapat restu beliau.

Selain itu, sehingga kini pihak polis juga dilihat gagal mengambil tindakan konkrit bagi membendung tindakan samseng penyokong Barisan Nasional (BN) terbabit.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.