Categories
NASIONAL

Tukar darah, samak mulut satu kecelaruan akal

SHAH ALAM, 28 MEI: Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan pandangan yang mewajibkan umat islam membasuh kesan khinzir dengan air tanah hanya pendapat mazhab.

Beliau berkata, majoriti ulama berpendapat memadai dibasuh dengan air tanpa memerlukan tanah kerana apa yang penting adalah hilang kesan terbabit.

Mohd Asri Zainul Abidin“Tiada dalil jelas yang menyatakan khinzir wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan termasuk air tanah. Dalil basuh tujuh kali termasuk air tanah itu adalah membabitkan anjing, bukan khinzir.

“Kekuatan pendapat khinzir tidak perlu dibasuh dengan air tanah ini disokong tokoh besar Mazhab al-Syafi’i sendiri iaitu al-Imam al-Nawawi yang banyak mensyarahkan mazhab terbabit dan diterima pakai banyak karyanya di nusantara ini.

“Khinzir hukumnya seperti anjing. Dibasuh apa yang ternajis disebabkannya sebanyak tujuh kali dan ini adalah pendapat yang paling sah dalam Mazhab al-Syafi’i,” katanya melalui akaun Facebook beliau.

Mohd Asri berkata, pendapat majoriti ulama berkenaan di samping lebih kuat, ia juga memudahkan berurusan dalam hidup terutama bagi yang makan di hotel, kapal terbang, bertandang ke rumah jiran atau kenalan bukan muslim.

cadburrybab“Adapun pendapat yang menyuruh samak mulut dengan air tanah adalah satu kecelaruan akal. Tiada siapa yang menganut Islam pada zaman nabi saw disuruh menyamak mulut mereka kerana dahulu sudah makan makanan haram.

“Sementara yang mencadangkan ditukar darah pula adalah satu kejahilan yang tiada bertebing,” katanya.

Mohd Asri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) yang mahu Cadbury membayar kos membersih darah kepada semua umat Islam yang termakan dua produk coklat syarikat berkenaan yang disahkan mengandungi DNA khinzir, pada 24 Mei lalu.

Selain itu, ACCIN juga merancang untuk mengemukakan saman berbilion ringgit ke atas syarikat pengeluar coklat terkemuka antarabangsa itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.