Categories
NASIONAL

Dr MAZA: Mudahkan urusan pernikahan, elak karenah mengarut

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 MEI: Sikap keluarga, ‘ketidakfahaman’ tok kadi serta pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah yang payah menyumbang kepada kesusahan membina rumah tangga.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata karenah mengarut dan tiada kena mengena kebiasaannya membantutkan hasrat pasangan mendapatkan ‘nikmat seks’ secara halal.

Dr MAZAKatanya, segala karenah ciptaan masyarakat itu juga bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya mudah serta tidak membebankan.

“Umpamanya, urusan kenduri kahwin dijadikan jambatan kesombongan ibu bapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’.

“Saya juga tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah.

“Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah dengan apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan itu, maka ia sah,” tulisnya dalam satu status di Facebook rasminya, DrMAZA.com semalam.

Tinjauan Selangor Kini mendapati status berkenaan sehingga kini disukai (likes) 7,700 pengguna Facebook dengan hampir 4,000 perkongsian (share).

Menerusi status sama, Mohd Asri turut menegur karenah mahkamah syariah menyekat pintu keluar perkahwinan yang memberi mudarat kepada pasangan.

“Hakim barang kali ringan lidahnya menangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.

“Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah.

“Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan halal dan memudahkan jalan haram,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Tukar darah, samak mulut satu kecelaruan akal

SHAH ALAM, 28 MEI: Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan pandangan yang mewajibkan umat islam membasuh kesan khinzir dengan air tanah hanya pendapat mazhab.

Beliau berkata, majoriti ulama berpendapat memadai dibasuh dengan air tanpa memerlukan tanah kerana apa yang penting adalah hilang kesan terbabit.

Mohd Asri Zainul Abidin“Tiada dalil jelas yang menyatakan khinzir wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan termasuk air tanah. Dalil basuh tujuh kali termasuk air tanah itu adalah membabitkan anjing, bukan khinzir.

“Kekuatan pendapat khinzir tidak perlu dibasuh dengan air tanah ini disokong tokoh besar Mazhab al-Syafi’i sendiri iaitu al-Imam al-Nawawi yang banyak mensyarahkan mazhab terbabit dan diterima pakai banyak karyanya di nusantara ini.

“Khinzir hukumnya seperti anjing. Dibasuh apa yang ternajis disebabkannya sebanyak tujuh kali dan ini adalah pendapat yang paling sah dalam Mazhab al-Syafi’i,” katanya melalui akaun Facebook beliau.

Mohd Asri berkata, pendapat majoriti ulama berkenaan di samping lebih kuat, ia juga memudahkan berurusan dalam hidup terutama bagi yang makan di hotel, kapal terbang, bertandang ke rumah jiran atau kenalan bukan muslim.

cadburrybab“Adapun pendapat yang menyuruh samak mulut dengan air tanah adalah satu kecelaruan akal. Tiada siapa yang menganut Islam pada zaman nabi saw disuruh menyamak mulut mereka kerana dahulu sudah makan makanan haram.

“Sementara yang mencadangkan ditukar darah pula adalah satu kejahilan yang tiada bertebing,” katanya.

Mohd Asri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) yang mahu Cadbury membayar kos membersih darah kepada semua umat Islam yang termakan dua produk coklat syarikat berkenaan yang disahkan mengandungi DNA khinzir, pada 24 Mei lalu.

Selain itu, ACCIN juga merancang untuk mengemukakan saman berbilion ringgit ke atas syarikat pengeluar coklat terkemuka antarabangsa itu.

Categories
NASIONAL

Negara Islam bukan negara hudud, tidak berkisah darah atau nyawa

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 MEI: Bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan kebimbangan terhadap tafsiran salah
daripada golongan bukan Islam yang menganggap negara Islam adalah negara hudud.

Katanya, tafsiran itu membayangkan seperti negara Islam itu berkisahkan kepada darah dan nyawa.

Mohd Asri berkata, hudud adalah satu mekanisma undang-undang yang terlalu kerdil di sebuahnNegara Islam yang mementingkan soal
keadilan,sosial, kebajikan, memberi hak dan penghormatan antara satu sama lain.

Mohd Asri Zainul Abidin“Yang dikatakan negara Islam itu bukan negara Hudud. Saya takut dengan salah faham orang bukan Islam.

“Saya bimbang bila bukan islam dengar perkataan negara islam, mereka terus terbayangkan hudud dan ini tidak benar. Sebenarnya, negara Islam patut berlangsung seperti yang berlaku di negara bebas rasuah dan jenayah.

“Hudud hanya pelengkap untuk mengatasi daripada suasana yang indah tadi daripada dicemari. Saya bimbang jika terbayang negara Islam termasuk memikirkan antara darah dan nyawa,” katanya.

-NFN-

JURNAL BERITA – PAS tidak akan sertai BN, tiada agenda tersembunyi kerjasama hudud

1. “Saya tetap terus berjuang di Malaysia walaupun ke penjara”

2. Kompleks Sukan MPSJ berwajah baru, kemudahan bertaraf antarabangsa

3. MPSJ bakal bergelar bandaraya

4. PBT: MPSJ bertaraf 5 bintang, 9 PBT peroleh 4 bintang

5. Diskaun RM20 kompaun letak kereta tertunggak sempena ‘Jom Bayar Kompaun’

6. Dr MAZA: Hudud hanya boleh dilaksanakan dalam suasana bukan kepentingan peribadi

7. Kes APA, kerajaan tidak patut bazir wang rakyat

8. Proses laksana hudud ibarat ‘ingin beli kereta’

9. PAS tidak akan sertai BN, tiada agenda tersembunyi kerjasama hudud

10.MBSA tawar hadiah RM71,000 indahkan lorong belakang Seksyen 7

11.MCA akan timbang kedudukan dalam BN jika Umno sokong Hudud

Categories
NASIONAL

Dr MAZA: Hudud hanya boleh dilaksanakan dalam suasana bukan kepentingan peribadi

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 7 MEI: Bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya Kerajaan Kelantan mengemaskini peruntukan undang-undang yang terkandung di dalam Enakmen Jenayah Syariah 1993 supaya dilihat lebih adil kepada semua.

Dalam Wacana anjuran Kumpulan Karangkraf, ‘Hudud: Bersediakah Kita’ beliau berkata, perlaksanaan hukum hudud ini perlu dilakukan tanpa kepentingan peribadi serta berada dalam suasana yang kondusif.

Mohd Asri Zainul AbidinMengambil iktibar daripada kisah perlaksanaan hudud semasa zaman Nabi Muhammad SAW beliau menjelaskan, Baginda sendiri tidak berkompromi untuk menjalankan hudud kepada anaknya, Siti Fatimah sekiranya beliau mencuri seperti yang dinyatakan dalam hadis.

“Ketika Nabi Muhammad SAW memotong tangan (pencuri) (baginda) potong tangan tanpa ada kepentingan diri.

“Hudud tidak boleh dibuat kerana ada orang yang tidak sama dimana ada orang yang boleh dan tidak (boleh) dibawa ke mahkamah.

“Biar sama (pelaksanaan hukum) dari istana mahupun rumah miskin,” katanya yang lebih dikenali sebagai Dr Maza.

Tegasnya, sebagai muslim, orang Islam tidak mempertikaikan hukum hudud di dalam Al-Quran tetapi persoalan bagaimana ia dilakukan.

Hal ini kerana beliau bimbang suasana masyarakat akan berubah jika keadilan tidak dapat dilakukan sebaiknya dan golongan bukan Islam menjauhi agama Islam.

Justeru katanya, Kerajaan PAS Kelantan perlu duduk kembali berbincang mengenai perkara ini supaya dapat dilaksanakan dengan baik.

Beliau menambah, institusi zakat di negara ini perlu diperkasakan untuk membantu golongan miskin supaya pengagihan wang zakat yang mencecah RM bilion seluruh negara dapat dinikmati secara adil saksama.

EZY