Categories
SELANGOR

3,149 kes demam denggi direkodkan di Subang Jaya

Oleh: AFEEQA AFEERA

SUBANG JAYA, 8 JUN : Sebanyak 3,149 kes demam denggi dilaporkan di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sehingga 31 Mei lalu di mana 2,798 kes daripadanya adalah positif.

Bahagian Perhubungan dan Komunikasi Korporat MPSJ dalam satu kenyataan berkata daripada jumlah kes yang dilaporkan itu, sebanyak 21 kes direkodkan sebagai kes demam denggi berdarah dan 15 kes adalah positif.

denggi editMenurut kenyataan itu, statistik demam denggi di bawah pentadbiran MPSJ melibatkan 31 lokaliti Wabak terkawal, lima lokaliti wabak tidak terkawal serta lapan lokaliti hotspot.

Antara kawasan lokaliti hotspot yang dikenalpasti adalah USJ 11/2 (36 kes), Kompleks Suria (5 kes), Taman Universiti Indah 1 (11 kes), USJ 9/2 sehingga USJ 9/3J (10 kes), TK 4 (perumahan teres) sebanyak 11 kes, Vista Pinggiran (21 kes), Lagoon Perdana (6 kes) dan SS17/2 (10 kes).

Manakala sebanyak lima kawasan dikenalpasti sebagai lokaliti wabak tidak terkawal, antaranya PJS9/2 hingga PJS 9/30 sebanyak 9 kes, SS 15/6 (3 kes), Apartment Sri Nipah, Taman Pinggiran USJ (7 kes), Jalan Teratai, Taman Puchong Perdana (5 kes) dan Flat Puchong Permai (4 kes).

Kenyataan itu turut memaklumkan terdapat lima kematian denggi di kawasan pentadbiran MPSJ setakat ini iaitu di Pangsapuri Mawar Jaya, Kota Perdana; Pangsapuri Putra Raya, Tmn Pinggiran Putra; Bandar Kinrara 1; Vista Lavender, TK 3 dan One Avenue Condo, USJ 1.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.