Categories
SELANGOR

Anak syarikat KDEB lepasi nilai jualan hartanah RM1,336 juta

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 JUN: Sebanyak RM1,336 juta nilai jualan hartanah dengan anggaran nilai pelaburan oleh pelabur RM4,000 juta berjaya dilepasi oleh Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB).

Pelaburan yang dibawa anak syarikat di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) itu melalui nilai jualan hartanah di Fasa 1 dan Fasa 2, Taman Perindustrian Pulau Indah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata dengan pelaburan itu juga dapat meningkatkan sebanyak 6,000 peluang pekerjaan.

Sumbangan Ramadhan MB di Pulau Indah 3aKatanya, peluang pekerjaan yang disediakan oleh CSSB itu dapat membantu penduduk memajukan diri bagi meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi.

“Dengan adanya pembangunan ini, diharap usaha CSSB dapat meningkatkan taraf hidup sosioekonomi penduduk setempat khasnya di Pulau Indah dan penduduk negeri.

“Walaupun usaha masih belum dapat di selesaikan, tetapi kita mahu setiap pembangunan yang wujud tidak meminggirkan masyarakat setempat. Ia perlu seimbang dengan sosioekonomi penduduk setempat,” katanyadi Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Ramadan, di Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah, semalam.

CSSB adalah pemaju hartanah yang bertanggungjawab memajukan seluas 5,324 ekar tanah di Taman perindustrian Pulau Indah dan Halal Hub.

Dalam majlis itu, syarikat terbabit menyumbangkan sRM50,000 kepada empat buah kampung, empat buah masjid dan enam buah surau sempena Ramadan.

jiwa rakyat aSumbangan itu disampaikan oleh Abdul Khalid yang turut dihadiri Pengerusi CSSB, Raja Idris Raja Kamaluddin; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nordin Sulaiman dan Senator Syed Sahir Syed Mohamud.

Abdul Khalid berharap syarikat atau badan lain dapat mencontohi CSSB dalam usaha memberi perhatian kepada kehidupan golongan berpendapatan rendah.

“Aktiviti seperti ini antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) CSSB sejak tahun 2002. Sumbangan ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban penerima sumbangan dalam menjalani ibadah puasa,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.