Categories
NASIONAL

Letak kepala lembu depan rumah Rayer, sengaja bangkit isu perkauman

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 JUN: Tindakan tidak bertanggungjawab yang meletakkan kepala lembu di hadapan kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer dilihat didalangi melalui perancangan terancang sebagai usaha menaikkan kembali sentimen perkauman.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, tindakan itu seperti didokong parti pemerintah kerana setakat ini tiada sebarang penafian daripada mereka.

kepala lembu depan rumah rayer“Saya nampak ini semua seakan ada perancangan provokasi untuk mewujudkan ketengangan antara kaum di negara ini. Kita bukan nak menuduh tetapi corak tindakan ini didokong daripada belakang oleh parti yang memerintah.

 

“Kita tidak nampak penafian dan kutukan daripada pemimpin Umno. Ini trend yang sangat bahaya sebab apa yang mereka lakukan ada akibat dan implikasi serius kepada kestabilan masyarakat,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata, parti pemerintah sepatutnya menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah usaha pihak yang menimbulkan sentimen agama dan bukannya ‘seakan mengapi-apikan’ isu berkenaan.

Rayer sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila melabelkan pemimpin Umno sebagai ‘celaka’ dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, pada Jun lalu.

tian chuaTian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu turut membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi yang dilaporkan berkata insiden meletakkan kepala lembu itu adalah harga yang perlu dibayar Rayer kerana celupar.

Tindakan sama turut diambil Gerakan selaku parti komponen BN yang mengecam kenyataan celupar Zahid itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.