Categories
NASIONAL

BN tidak wajar ugut guru, jejas pembentukan modal insan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 JUN: Permintaan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang mahu warga pendidik kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) diharap bukan satu ugutan terhadap guru.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata Pakatan Rakyat (PR) tidak mahu berlaku ugutan terhadap golongan itu kerana sewajarnya guru yang berfungsi sebagai pendidik tidak harus menyertai politik.

Katanya, hal itu kerana akan mengganggu guru seterusnya akan memberi kesan terhadap pembentukan modal insan masa depan pelajar.

Dr Halimah“Saya harapkan ia bukan satu ugutan kepada guru. Hal ini boleh mengganggu kerja guru dan kita sedia maklum tugas mereka bukan mudah kerana golongan pendidik yang diharapkan negara untuk membentuk modal insan pelajar.

“Jadi, jika mahu pelajar mempunyai karektor yang baik, tidak seharusnya golongan pendidik ini diganggu atau diugut dengan politik,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Halimah berkata, tindakan mengajak golongan pendidik untuk menyertai BN dilihat seperti dilakukan dalam keadaan terdesak untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Agak lucu apabila Setiausaha Agung Umno membuat pelawaan itu. Namun, saya berpandangan guru adalah golongan yang bijak dan boleh meneliti sama ada BN itu parti yang baik atau tidak.

MB guru Kafa SAR 03“BN sudah diberikan mandat lebih 50 tahun, jadi selama ini mesti tahu baik atau tidak. Adakah parti lain boleh membela nasib guru dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tengku Adnan yang meminta warga pendidik kembali ke pangkuan BN.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.