Categories
SELANGOR

Diskaun rumah Selangorku 23 peratus, dijual di bawah paras kos

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 JUN: Tiada diskaun tujuh peratus untuk bumiputera bagi projek perumahan Selangorku memandangkan harga yang ditawarkan sudah diberikan potongan harga sebanyak 23 peratus.

Exco Perumahan Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad (PAS-Chempaka) berkata, diskaun yang diberikan ini membolehkan rumah Selangorku yang ditawarkan Kerajaan Negeri dijual pada harga lebih rendah berbanding kos pembinaan projek itu sendiri.

rumah mampu milik iklan 01“Contohnya rumah di Bandar Baru Bangi yang dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di mana harga jualannya adalah antara RM90,000 hingga RM99,000 tetapi kos untuk membinanya adalah RM130,000 ini bermakna sesiapa yang beli dapat diskaun 23 peratus lebih daripada 7 peratus.

“Projek lain iaitu Kampung Seri Temenggung dibina atau dibangunkan kos sebanyak RM210,000 tetapi dijual dengan harga RM180,000 ini bermakna diskaun adalah sebanyak 16 peratus.

“Kita tidak beri diskaun sebab memang dijual dengan harga diskaun. Kalau kita beri diskaun lagi, kos membina lebih tinggi dari kos jualan ditambah dengan 7 peratus lagi menjadikan diskaun sehingga 30 peratus diskaun, teruklah PKNS,” kata Iskandar pada hari terakhir persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS).

Jelas Iskandar, perkara itu dapat dilaksanakan melalui dua strategi sama ada Kerajaan Negeri membina sendiri projek perumahan Selangorku atau Kerajaan Negeri membeli peratusan tertentu unit terbabit sebelum dijual kepada masyarakat Selangor.

Kata beliau lagi, pemaju perumahan juga diberikan insentif pengurangan premium dan caj kemajuan bagi mengurangkan kos projek yang ditanggung pemaju.

“Dasar perumahan Selangorku dirangka dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk pemaju perumahan bagi memenuhi keperluan rakyat Selangor,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.