Categories
SELANGOR

Petaling Jaya diiktiraf Duta Dunia Hijau PBB

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 21 JUN: Usaha Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar rendah karbon hijau mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berpusat di London mengiktiraf bandar itu sebagai Duta Dunia Hijau.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kejayaan itu dicapai daripada usaha berterusan MBPJ dan penduduk Petaling Jaya melahirkan persekitaran berkualiti dan sihat.

MB“Antara usaha keras MBPJ adalah untuk melahirkan Petaling Jaya ke arah bandar rendah karbon hijau yang mesra alam sekitar, kemudahan dan infrastruktur yang baik. Ini perlu penggalakkan dan insentif penduduk untuk mengurangkan kesan karbon.

“Petaling Jaya memahami bahawa selain daripada taman-taman, hutan simpan, kawasan-kawasan hijau lain, kemudahan rekreasi, seni dan kebudayaan juga membawa manfaat berkekalan dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat,” kata Abdul Khalid dalam ucapan perasmian Acara Pembukaan ‘Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2014 – ‘Folklore Festival’ di sini.

Jelas Abdul Khalid, Festival Antarabangsa Petaling Jaya – 2014 ini juga merupakan sebahagian usaha memupuk minat warga Petaling Jaya mengenali budaya pelbagai budaya dari 11 negara yang mengambil bahagian pada festival yang memasuki tahun kedua penganjuran.

Petaling JayaSementara itu dalam acara pembukaan ‘Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2014 – ‘Folklore Festival’, sebanyak 11 buah negara mengambil bahagian dalam persembahan kebudayaan masing-masing.

Antara persembahan kebudayaan luar negara terlibat, Korea Selatan, Ghana, Filipina, Mesir, Iran, Indonesia (Jakarta dan Bandung), Sri Lanka dan Thailand.

Selain itu, kontinjen dalam negara dari Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Pulau Pinang turut mempersembahkan keunikkan kebudayaan masing-masing.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.