Categories
SELANGOR

GST: Bahan binaan perlu diberi pampasan cukai, elak kenaikan harga rumah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 JUN: Harga perumahan dijangka meningkat walaupun sektor hartanah dikecualikan daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila dilaksanakan, pada April 2015.

Peningkatan harga hartanah itu dijangka berlaku apabila bahan binaan tidak dimasukkan di dalam senarai 40 jenis barangan yang tidak dikenakan GST.

Exco Perumahan, Iskandar Abd Samad (PAS-Chempaka), berkata Kerajaan Negeri akan memohon pelepasan cukai sepenuhnya terhadap barangan yang berkenaan dengan industri pembinaan khususnya barangan dalam kategori harga kawalan bagi mengatasi perkara itu.

bukit botak rumah asri 01“Semakan terhadap harga barangan yang dikenakan cukai, barang bahan binaan tidak dikecualikan daripada dikenakan GST dan ini secara langsung memberikan kesan terhadap harga perumahan.

“Apa yang Kerajaan Negeri boleh lakukan adalah akan memohon pelepasan cukai terhadap harga barangan di dalam industri pembinaan perumahan khususnya membabitkan barangan harga kawalan.

“Ini kerana bermula 1 Januari lalu, Kerajaan Negeri mula memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik (Rumah Selangorku) yang mana menetapkan harga jualan rumah mampu milik antara RM42,000 hingga RM250,000 bergantung kepada saiz binaan, jenis rumah dan lokasi,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari (PKR).

Beliau berkata, pemaju perlu mematuhi harga kawalan seperti yang ditetapkan sama ada jika GST memberi kesan kenaikan pada masa akan datang dengan penetapan harga rumah itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.