Categories
SELANGOR

Speaker: Fikir sebelum kemuka usul, jangan buang masa dewan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 16 JUN: Tindakan pemimpin Barisan Nasional (BN) Selangor yang menarik semula usul mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di negeri itu untuk dibentangkan pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) ditegur Speaker, Hannah Yeoh.

Beliau dalam sidang media di lobi DNS hari ini berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhak menarik semula usul yang ingin didebatkan, namun tidak digalakkan kerana banyak masa dihabiskan untuk mempertimbangkan usul berkenaan.

Katanya, ADUN juga perlu diingatkan supaya berfikir dengan baik sebelum berhasrat membentangkan sebarang usul di dalam Dewan.

hannah“Saya mahu ingatkan semua AdUN supaya bila bentangkan usul, mereka mesti bersedia dengan segala isi kerana kalau dibuat tanpa berfikir panjang, nanti usul itu akan ditarik semula.

“Sebab itu saya ingatkan supaya ADUN berfikir dengan baik sebelum berhasrat untuk kemukakan usul kerana kamu akan membentangkannya dalam Dewan,” katanya.

Bagaimanapun, Yeoh berkata, beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap ADUN yang menarik semula cadangan usul mereka kerana peraturan tetap Dewan membenarkan penarikan usul dibuat.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk berdebat berkenaan isu serius dan hal itu berlaku pada sidang Dewan lalu apabila usul tergempar isu air dibawa ketua pembangkang.

“Lagipun, sidang DNS ini disiarkan secara langsung, kita mahu rakyat melihat dan membuat penilaian mereka. Kita tidak takut untuk benarkan perdebatan tetapi tidak mahu ia dicabuli,” katanya.

sultan barisan dewan negeri selangor 28 jun 02Terdahulu, semua anggota DUN Selangor daripada BN bersetuju menarik balik usul yang meminta Kerajaan Negeri mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud untuk dibentangkan pada persidangan dewan.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias, berkata penarikan balik usul itu adalah untuk memberi peluang kepada 15 ADUN daripada Pas mengemukakan sendiri usul berkenaan memandangkan hudud adalah agenda utama perjuangan parti terbabit.

Usul itu sebelum ini dicadangkan ADUN Sungai Air Tawar daripada BN, Kamarol Zaki Abdul Malik.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.